Bismillahirrahmanirrahim. Nama yang diberi oleh ibubapa as adalah Noraslina binti Abd Rahaman. Alhamdulillah, as dilahirkan di Hospital Besar Kuantan,Pahang pada 26 Mac 1981, hari Khamis jam 2.02 pagi. Buat masa ini, as menetap di Seri Kembangan, Selangor dan akan berpindah ke Putrajaya pada bulan 9 ini, InsyaALLAH. As adalah anak sulung daripada 4 orang adik beradik. Hobi as
ialah melukis membaca. As minat kepada sesuatu yang islamic, 'nature' dan 'sweet'.

~ Puziah a.k.a. Ma - 26.2.1956 ~
~ Abd Rahaman a.k.a. Abah - 10.5.1956 ~
~ Mohd Fairus - 14.6.1983 ~
~ Norliyana - 16.8.1986 ~
~ Mohd Fahmi -17.3.1995 ~
~ Azura ->15.4 ~
~ ChE OwN - 7.5 ~
~ FiZa - 27.5 ~
~ EkYn - 4.3
~ EyDa - 14.8 ~
~ Mizi Wardina - 6.1 ~
~ Usin - 20.12 ~
~ Fawaz - 24.7 ~
~ Anizan - 20.7~
~ Zera - 4.3 ~
~ Fanna - 17.3 ~
~ Syikin SMS - 23.3 ~
~ Suryati - 19.3 ~
~ Sist Es - 6.11 ~
~ Che Ah - 11.9 ~
~ Sue ChoMeL - 12.10 ~
~ Akhi Anwar - 23.6 ~
::: azura :::
::: azera :::
::: aida :::
::: Pejah :::
::: Sue :::
::: Fawaz :::
::: Tazkirah Fawaz :::
|
|
|
 |
|
Sunday, May 01, 2005
RASULULLAH S.A.W. DAN WANG 8 DIRHAM
Suatu hari Rasulullah SAW bermaksud belanja. Dengan bekal wang 8 dirham, beliau hendak membeli pakaian dan peralatan rumah tangga. Belum juga sampai di pasar, beliau mendapati seorang wanita yang sedang menangis. Beliau sempatkan bertanya kenapa menangis. Apakah sedang ditimpa musibah ? Perempuan itu menyampaikan bahwa ia adalah seorang budak yang sedang kehilangan wang sebesar 2 dirham. Ia menangis sangat takut didera oleh majikannya. Dua dirham dikeluarkan dari saku Rasulullah untuk menghibur perempuan malang tersebut. Kini tinggal 6 dirham. Beliau bergegas membeli gamis, pakaian kesukaanya. Akan tetapi baru beberapa langkah dari pasar, seorang tua lagi miskin setengah teriak berkata, "Barang siapa yang memberiku pakaian, Allah akan mendandaninya kelak." Rasulullah memeriksa laki-laki tersebut. Pakaiannya lusuh, tak pantas lagi dipakai. Gamis yang baru dibelinya dilepas dan diberikan dengan sukarela kepadanya. Beliau tak jadi memakai baju baru.
Dengan langkah ringan beliau hendak segera pulang. Akan tetapi lagi-lagi beliau harus bersabar. Kali ini beliau menjumpai perempuan yang diberi dua dirham tersebut mengadukan persoalan, bahawa ia takut pulang. Ia khawatir akan dihukum oleh majikannya kerana terlambat. Sebagai budak saat itu nilainya tidak lebih dari seekor binatang. Hukuman fisik sudah sangat lazim diterima. Rasulullah diutus di dunia untuk mengadakan pembelaan terhadap rakyat jelata. Dengan senang hati beliau hantarkan perempuan tersebut ke rumah majikannya. Sesampainya di rumah, beliau ucapkan salam. Sekali, dua kali belum ada jawaban. Baru salam yang ketiga dijawab oleh penghuni rumah. Nampaknya semua penghuni rumah tersebut adalah perempuan. Ketika ditanya kenapa salam beliau tidak dijawab, pemilik rumah itu mengatakan sengaja melakukannya dengan maksud didoakan Rasulullah dengan salam tiga kali. Selanjutnya Rasulullah menyampaikan maksud kedatangannya. Beliau mengantar perempuan yang menjadi budak tersebut karena takut mendapat hukuman. Rasulullah kemudian menyampaikan, "Jika perempuan budak ini salah dan perlu dihukum, biarlah aku yang menerima hukumannya." Mendengar ucapan Rasulullah in penghuni rumah terkesima. Mereka merasa mendapat pelajaran yang sangat berharga dari baginda Rasulullah. Karena secara refleks mereka menyampaikan, "Budak belian ini merdeka kerana Allah." Betapa bahagianya Rasulullah mendengar pernyataan itu. Beliau sangat bersyukur dengan wang 8 dirham mendapat keuntungan ribuan dirham, yakni harga budak itu sendiri. Beliau berkata, "Tiadalah aku melihat lapan dirham demikian besar berkatnya dari pada lapan dirham yang ini. Allah telah memberi ketenteraman bagi orang yang ketakutan, memberi pakaian orang yang telanjang, dan membebaskan seorang budak hamba abdi."
Akhirnya, rahmat dan kasih sayang, bantuan dan pertolongan kepada masyarakat bawah akan mendatangkan kesejahteraan dan kemajuan. Allah berfirman dalam sebuah hadits Qudsyi. "Bahwanya Allah menolong hamba-Nya, selama ia menolong saudaranya."
Posted at 06:59 pm by assolehah
|
|
|