PERNIAGAAN DENGAN HARTA KHADIJAH DAN PERKAH’WINAN BAGINDA
Mengikut apa yang diceritakan oleh Ibnu Athir dan Ibnu Hisyam bahawa Khadijah RadiyaLlahu‘anha adalah seorang saudagar yang masyhur serta terkenal dengan kemuliaan budi dan kekayaan harta.Sebilangan besar dari orang ‘Arab di masa itu meminjam sebahagian daripada hartanya itu sebagai modal perniagaan mereka.
Bila mana Khadijah mendengar berita perihal peribadi Nabi Muhammad yang mulia dan akhlaq yang terpuji itu ia terus mempelawakan kepada Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam supaya menjalankan usaha perniagaan dengan hartanya dan sanggup memberi keuntungan yang lebih dari yang pernah diberikannya kepada orang lain. Untuk mengiringi baginda dalam usaha perniagaan nanti baginda akan dibantu oleh seorang budak suruhan Khadijah yang bernama “Maisarah”. Tawaran itu telah diterima baik oleh Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dengan penuh kerelaan hati. Baginda terus belayar ke negeri Syam untuk menjalankan urusan peniagaan bersama “Maisarah” budak suruhan Khadijah. Dalam perniagaan ini baginda telah mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Bila baginda kembali bertemu Khadijah dengan keuntungamiya tadi, baginda terus menyerahkan kepada Khadijah apa yang perlu dan patut diserahkan dengan penuh amanah. Semasa di negeri Syam “Maisarah” telah melihat dengan mata kepalanya sendiri dan tertawan dengan budi pekerti baginda yang mulia dan segala—galanya ini terus diceritakan kepada Khadijah. Khadijah sungguh tertawan dengan keamanahan dan budi pekertinya yang tinggi dan yang lebih menghairankan lagi ialah kelabaan yang berlebihan yang diperolehinya dengan berkat baginda. Dengan perantaraan Nafisah binti Manbah, Khadijah telah menawarkan dirinya kepada Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam untuk menjadi teman hidupnya yang halal. Tawarannya tadi telah disambut baik oleh Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan dengan tidak membuang masa, baginda terus menyatakan hasrat hatinya yang mulia itu kepada bapa-bapa saudaranya dan mereka pun terus melamar Khadijah melalui bapa saudaranya ‘Amru bin Asad. Perkahwinan pun dilangsungkan dengan selamatnya. Di kala itu RasuluLlah berusia genap dua puluh lima tahun sedang Khadijah telah berusia empat puluh tahun.
PENGAJAR DAN RENUNGAN
Perniagaan Nabi Muhammad dengan harta Khadijah tadi merupakan sambungan dan siri perjuangan untuk menghadapi cabaran hidup yang dulunya dimulakan dengan berternak kambing seperti mana yang telah diterangkan dahulu. Perkahwinan dengan Khadijah membayangkan kepada kita yang RasuluLlah tidak memberatkan soal-soal kepuasan hawa nafsu dan sebagainya seperti pemuda-pemuda yang Seumur dan sebaya dengannya. Kalau tidak sedemikian sudah pasti baginda telah memiih wanita-wanita yang lebih muda daripadanya. Di sini nyatalah kepada kita di mana perkahwinannya semata-mata kerana kejujuran dan kemuliaan budi Khadijãh sehingga ianya digelar di masa jahiliyyah dengan “Wanita Suci”. Perkahwinan ini telah hidup dan membunga sehingga wafatnya Khadijah dalam usia enam puluh lima tahun sedang RasuluLlab SallaLlahu ‘alaihi Wasallam berusia lima puluh tahun dan tidak terlintas di hati sanubari baginda untuk berkahwin dengan perempuan yang lain sedangkan manusia biasanya dalam usia antara dua puluh hingga lima puluh merupakan musim gelora perasaan mahukan perempuan dan mahukan lebih dan satu untuk melepaskan hawa nafsu kebinatangan. Nabi Muhammad dapat melintasi
usia dan musim gelora ini tanpa memikir langsung soal-soal hendak berkahwin lebih, memadailah dengan Khadijah seorang. Kalaulah RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam mahukan lebih dan satu sudah tentu mudah baginya dan tidak pula menyalahi adat resam di masa itu yang mana orang-orang ‘Arab di masa itu berkahwin lebih dan satu atau mencari hamba abdi sebagai gundik simpanan. Di samping itu perlu kita ingat di mana Khadijah adalah janda umurnya melebihi Muhammad SailaLlahu ‘alaihi Wasallam hampir dua kali ganda.
Posted at 12:14 am by assolehah