Bismillahirrahmanirrahim. Nama yang diberi oleh ibubapa as adalah Noraslina binti Abd Rahaman. Alhamdulillah, as dilahirkan di Hospital Besar Kuantan,Pahang pada 26 Mac 1981, hari Khamis jam 2.02 pagi. Buat masa ini, as menetap di Seri Kembangan, Selangor dan akan berpindah ke Putrajaya pada bulan 9 ini, InsyaALLAH. As adalah anak sulung daripada 4 orang adik beradik. Hobi as ialah melukis membaca. As minat kepada sesuatu yang islamic, 'nature' dan 'sweet'.





   

<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31






~ Puziah a.k.a. Ma - 26.2.1956 ~
~ Abd Rahaman a.k.a. Abah - 10.5.1956 ~
~ Mohd Fairus - 14.6.1983 ~
~ Norliyana - 16.8.1986 ~
~ Mohd Fahmi -17.3.1995 ~



~ Azura ->15.4 ~
~ ChE OwN - 7.5 ~
~ FiZa - 27.5 ~
~ EkYn - 4.3
~ EyDa - 14.8 ~
~ Mizi Wardina - 6.1 ~
~ Usin - 20.12 ~
~ Fawaz - 24.7 ~
~ Anizan - 20.7~
~ Zera - 4.3 ~
~ Fanna - 17.3 ~
~ Syikin SMS - 23.3 ~
~ Suryati - 19.3 ~
~ Sist Es - 6.11 ~
~ Che Ah - 11.9 ~
~ Sue ChoMeL - 12.10 ~
~ Akhi Anwar - 23.6 ~


::: azura :::
::: azera :::
::: aida :::
::: Pejah :::
::: Sue :::
::: Fawaz :::
::: Tazkirah Fawaz :::




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Friday, April 01, 2005
RASULULLAH S.A.W : LAHIRNYA ISLAM YANG TERBILANG

Kelahiran yang Dinanti

Pada hari Isnin, tanggal 12 bulan Rabi'ul Awal bersamaan 20 April tahun 571 Masihi lahirlah junjungan yang mulia Muhammad S.A.W di rumah bapa saudaranya Abi Thalib dalam tahun sejarah yang dikenali sebagai Tahun Gajah. Muhammad S.A.W adalah merupakan putera tunggal dari Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusyai bin Hakim bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'ai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Annadhar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan, keturunan Nabi Isma'il bin Ibrahim a.s. Ayah beliau telah wafat semenjak ia masih di dalam kandungan ibunya. Manakala ibunya pula telah pergi meninggalkannya sewaktu usianya empat tahun.

Sejarah Tahun Gajah

Tahun gajah merupakan tahun di mana sepasukan tentera bergajah pimpinan Abrahah seorang Penguasa Habsyah (kini dikenali sebagai Ethopia) telah datang menyerbu kota Makkah untuk merobohkan dan menghancurkan Ka'bah Baitullah. Abrahah adalah seorang penganut agama Nasrani yang kuat berpegang dengan agamanya. Ia telah menghantar tenteranya ke Yaman untuk menghancurkan kerajaan Dzu Nuwas yang beragama Yahudi. Perkhabaran yang didengar tentang orang-orang Nasrani di sana yang telah dipaksa meninggalkan agama Nasrani dan memeluk agama Yahudi dengan keras dan kejam telah memuncakkan kemarahan Abrahah.

Abrahah telah berjaya menghancurkan pertahanan Dzu Nuwas dan seterusnya menguasai seluruh Yaman dengan mudah. Kemudian ia segera membina sebuah gereja yang besar di ibukota Yaman, San'a. Tujuannya adalah untuk mengalihkan perhatian orang dari Ka'bah di Mekkah. Namun yang terjadi adalah sebaliknya, gereja yang megah dan mewah itu tidak mendapat perhatian dan kunjungan orang pun seperti yang diharapkan sama ada orang luar mahupun orang Yaman sendiri. Mereka masih tetap berkiblat ke Mekkah. Hancurlah sudah cita-cita dan angan-angan Abrahah untuk menjadikan gerejanya sebagai pesaing dan pengganti Ka'bah. Bahkan telah berlaku sesuatu yang mengejutkan dan menjadi tamparan hebat kepada dirinya apabila mendengar bahawa gerejanya telah dinodai oleh seorang yang biadab yang telah berani membuang kotoran najisnyadi atas lantai gerejanya pada suatu malam yang tidak diketahuinya. Abrahah sangat berang dan berhasrat untuk membalas dendam terhadap pelakunya yang disangkanya adalah salah seorang daripada mereka yang memuja-muja Ka'bah.

Oleh sebab itu, hatinya membuak-buak memutuskan untuk menghancurkan Ka'bah. Ia hendak merobohkannya sehingga menjadi tanah rata. Abrahah pun berangkatlah dengan bala tentera bergajahnya menuju ke kota Mekkah. Abrahah lengkap berpakaian kebesaran dengan disertai oleh seorang yang bernama Abu Rughal yang menjadi penasihat dan penunjuk jalan.Sepanjang perjalanan dari San'a ke Mekkah, tiap suku bangsa Arab yang dilalui bala tenteranya akan dipaksa mengaku taat setia dan tunduk kepada kerajaannya. Semasa tiba di suatu tempat bernama 'Almughammas' yang terletak di persimpangan jalan antara Tha'if dan Mekkah, Abrahah memerintahkan tenteranya merampas harta-harta dan barang-barang milik penduduk Tuhamah dari suku kaum Quraisy. Antara barang yang dirampas adalah 200 ekor unta milik Abdul Muthalib bin Hasyim,nenek Nabi Muhammad S.A.W yang ketika itu merupakan seorang pemuka dan pemimpin kaumnya dan jabatannya yang bertindak membahagi-bahagikan air zam-zam kepada jemaah pengunjung Ka'bah.

Semasa para pemuka suku Quraisy dan suku-suku Arab lainnya sedang berbincang tentang tindakan yang harus diambil oleh mereka terhadap ancaman dan serangan Abrahah dan bala tenteranya, tiba-tiba datang seorang utusan Abrahah mengajak para pemuka itu untuk berunding dengan Abrahah di tempat perkhemahannya di luar Kota Mekkah. Dengan dipimpin oleh Abdul Muthalib bertemulah wakil penduduk kota Mekkah dengan Abrahah yang menyambutnya dengan hormat dan ramah tamah. Abdul Muthalib, pemimpin yang tampan dan berwibawa penampilannya itu telah diberi penghormatan untuk duduk bersebelahan dengan Abrahah.

Maka bermulalah perbualan mereka. Berkata Abrahah kepada mereka :" Kami datang ke mari tidak bermaksud memerangi kamu, tetapi tujuan kedatangan kami ialah hendak merobohkan Ka'bah, sebagai pembalasan terhadap perbuatan menghina dan kurang ajar yang telah dilakukan oleh salah seorang pemujanya yang telah menodai gereja yang kami bangunkan di San'a dengan membuang kotoran di atas lantainya. Maka jika kamu tidak merintangi kami melaksanakan maksud dan tujuan kami itu, kami sekali-kali tidak akan mengganggu kamu dan tidak setitis pun darah akan mengalir ".

Abdul Muthalib menjawab bagi pihak perwakilan:" Kami pun tidak bermaksud berperang atau mengadakan perlawanan terhadap pasukanmu , kerana memang kami tidak bersiap untuk itu dan kami pun sedar bahwa kami tidak akan berdaya menghadapi pasukan dan bala tenteramu yang besar dan lengkap itu". Abrahah membalas :" Baiklah, jika memang demikian sikap dan pendirianmu menyambut kedatanganku kemari, maka adakah hal-hal lain yang kamu ingin ajukan kepadaku?".

Abdul Muthalib lantas menjawab :" Kami hanya mengharap engkau dapat mengembalikan harta milik dan ternak kami yang telah dirampas oleh askarmu ." Wahai bapa suku Quraisy, Abrahah berkata: " Sesungguhnya begitu aku melihat parasmu begitu pula aku menaruh rasa simpati dan hormat kepada dirimu. Akan tetapi setelah mendengar tuntutanmu dan permintaan yang engkau ajukan kepadaku ini, hilanglah seketika rasa hormat dan simpatiku kepadamu. Sungguh sangat menghairankan sikapmu ini. Aku mengira pada mulanya bahwa engkau akan membicarakan nasib Ka'bah, rumah suci pujaanmu dan pujaan nenek moyangmu, yang aku datang untuk merobohkannya dan bukan nasib 200 ekor unta yang telah dirampas oleh askarku.Ternyata dari sikapmu ini bahawa engkau menganggap remeh soal Ka'abah, rumah suci yang dipuja oleh bangsamu sejak Nabi Ibrahim hingga kini, dan kerananya engkau bersikap acuh tak acuh menghadapi nasibnya. Bagimu rupanya soal dua ratus ekor unta yang dirampas oleh askarku lebih utama dan lebih penting untuk diselamatkan berbanding Ka'abah yang sebentar lagi akan aku hancurkan. Sungguh aku merasa kecewa melihat pendirianmu yang aneh ini".

Abdul Mutthalib menjawab : " Dua ratus ekor unta itu adalah milikku peribadi dan sudah sepatutnya jika aku berusaha ingin menyelamatkannya, sedang rumah suci Ka'abah ada pemiliknya sendiri dan Dialah yang Maha Kuasa akan melindunginya". " Ka'abahmu tidak akan terlindung dan lolos dari rencanaku", menurut kata Abrahah dengan sombongnya. " Terserahlah kepadamu dan kepada Tuhan Pemiliknya yang akan melindunginya", jawab Abdul Mutthalib dengan sikap dinginnya.

Kemudian Abrahah telah memerintahkan kepada orang-orangnya agar harta milik termasuk dua ratus ekor unta milik Abdul Mutthalib yang telah dirampas itu dikembalikan kepada para pemiliknya. Seruan dan arahan Abrahah itu disambut oleh mereka (Abdul Mutthalib dan rakan-rakan) dengan usul agar Abrahah membatalkan rancangannya untuk menghancurkan Ka'abah dengan tukaran nilai sepertiga dari harta penduduk Mekkah diserah kepadanya. Namun, usul itu telah ditolak mentah-mentah oleh Abrahah. Maka para anggota perwakilan tersebut telah kembali ke rumah masing-masing di Mekkah dengan rasa kecewa dan cemas menanti apa akan terjadi seterusnya nanti.

Menyedari kenyataan bahawa hati Abrahah tidak dapat lagi dilembutkan agar tidak meneruskan niat jahatnya, maka Abdul Mutthalib telah berseru kepada para penduduk kota Mekkah terutama mereka yang tinggal di sekitar Ka'abah, agar menjauhkan diri dan mencari perlindungan di atas bukit-bukait di sekitar kota Mekkah.
Setelah daerah sekitar Ka'abah menjadi kosong kerana ditinggalkan oleh penduduknya yang beramai-ramai menuju ke tempat aman, maka Abdul Mutthalib bersama pemuka Quraisy telah pergi menghadap Ka'abah lantas berdoa kepada Allah agar melindunginya dari kemusnahan dan kehancuran.

Sementara itu, para penduduk Mekkah yang berlindung di atas bukit-bukit dengan cemas menanti gemburan Abrahah ke atas Ka'abah seperti yang digemparkan. Mereka kemudiannya merasa lega apabila mendengar bahawa dengan tiba-tiba, Abrahah telah meninggalkan tempat perkhemahannya menuju ke San'a bersama sisa pasukannya yang tidak sempat melancarkan serangan (yang diperintahkan Abrahah). Demikian ini adalah kerana telah datang kepada mereka serangan mendadak dari sepasukan burung yang berterbangan melempari mereka dengan batu-batu dari tanah yang terbakar panas.

Pasukan burung yang dikirim oleh Allah S.W.T. dengan batu-batu yang terbakar itu menjadikan tubuh-tubuh musuh hancur seketika dan jatuh berselerak di atas tanah. Sehinggalah sisa anggota tenteranya yang tinggal menjadi bilangan yang kecil. Mereka itu pulang bersama Abrahah dengan luka-luka parah akibat jatuhnya batu-batu tersebut ke atas kepala dan tubuh mereka.

Peristiwa tentera bergajah adalah suatu mu'jizat dari Allah mendahului kelahiran Nabi Junjungan Besar, Muhammad S.A.W., Rasul penutup dan sebagai isyarat pertama bagi perlindungan Allah terhadap agama terakhir yang akan dibawa oleh Rasul terakhirnya itu.

Cerita tentang peristiwa bergajah ini ada disebut di dalam Al-Quran dalam surah Al-Fil ayat 1- 5 yang sebagaimana maksudanya seperti berikut :

" Apakah kamu tidak memerhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah (1),Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Ka'abah) itu sia-sia (2),
Dan Dia mengirimkan kepada mereka burung-burung yang berbondong-bondong (3),
yang melempari mereka dengan batu (berasal dari tanah yang terbakar (4),
lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat) (5). "

 

 


Posted at 06:27 pm by assolehah
Make a comment  

Friday, March 18, 2005
Untukmu Ya Rasululloh - Hijjaz


  Untukmu Ya Rasululloh - Hijjaz

 Ya Rasulullah
Salam buat mu duhai kekasih Allah
Kami sentiasa mengingatimu
Wahai penghulu anbia
Ya Rasulullah
Kini tiba detik yang bersejarah
Hari kelahiranmu yang ditunggu
Detik gemilang

Seluruh alam bergembira
Dengan kedatangan dirimu
Bagaikan rembulan mengambang
Membawa cahaya yang terang
Hapuslah segala kejahilan
Musnahlah segala kezaliman

Ya Rasulullah ya habiballah (2x)

Sejarah perjuangan mu
Diingat dikenang kembali
Dijadikan contoh tauladan
Di dalam mengharungi kehidupan

Tabahnya dirimu ya Rasul
Menempuhi dugaan tuhan
Biar pun dicaci difitnah
Semangatmu terus menyala
Akhirnya membawa kecemerlangan
Akhirnya membawa kemenangan

Ya Rasulullah ya habibAllah (2x)  


                                                                  


Posted at 10:41 pm by assolehah
Make a comment  

Thursday, March 17, 2005
STRATEGI NABI MUHAMMAD S.A.W UNTUK MENGUKUHKAN ISLAM SESUDAH PEMBUKAAN KOTA MEKAH

 

Berikutan pencabulan orang kafir Quraisy Mekah terhadap Perjanjian Hudaibiyah maka Nabi Muhammad (S.A.W.) bersama 10,000 orang tentera Islam segera melancarkan serangan ke atas kota Mekah. Serangan itu telah berakhir dengan kejayaan Nabi menawan kota Mekah pada tahun 8 Hijrah tanpa pertumpahan darah, sebab tidak ada tentangan dari pihak Quraisy. Dengan itu bukan sahaja bermakna bahawa musuh ketat Islam telah dapat dihapuskan, tetapi kemenangan itu juga telah mendorong perkembangan pengaruh Islam yang sangat menggalakkan. Langkah-langkah yang telah dilaksanakan Nabi sesudah pembukaan kota Mekah itu terus memperkukuhkan kedudukan Islam.

Sebaik sahaja Nabi berjaya membuka kota Mekah maka Nabi pun menyelesaikan masalah tawanan perang yang terdiri daripada orang-orang Quraisy yang jumlahnya beribu-ribu itu. Nabi dapat menyelesaikan masalah ini dengan cara yang paling mudah sekali iaitu semua tawanan itu diampunkan dan dibebaskan tanpa dikenakan apa-apa hukuman, kecuali beberapa orang yang dianggap sangat-sangat menyakiti Islam telah dikenakan hukuman bunuh. Pengampunan beramai-ramai ini telah menyebabkan kesedaran yang mendalam dikalangan penduduk Mekah tentang ketinggian dan keluhuran peribadi Nabi serta kebaikan ajaran Islam yang selama ini mereka tentang. Hal ini mendorongkan mereka memeluk Islam secara beramai-ramai. Peristiwa ini tentulah dapat diketahui oleh kabilah-kabilah Arab lainnya dan tentu dapat mempengaruhi sikap dan pemikiran politik mereka terhadap Islam itu.oleh itu kita tidak hairan jika pada tahun 9Hijrah kabilah-kabilah Arab memeluk Islam secara beramai-ramai melalui utusan mereka yang datang menemui Nabi Muhammad (S.A.W.) di Madinah.

Sesudah pembukaan kota Mekah itu juga Nabi terus tinggal di sana selama dua minggu untuk menyelesaikan masalah urusan kota Mekah dan pembersihannya dari kekotoran agama berhala. Berbagai jawatan yang berkaitan dengan Masjid al-Haram dan Kaabah yang diwarisi oleh orang-orang Quraisy turun-temurun telah dihapuskan oleh Nabi kecuali jawatan yang menguruskan Kaabah telah ditetapkan oleh Nabi untuk Usman bin Talhah dan anak cucunya. Jawatan mengurus makanan dan minum serta urusan-urusan lain yang berkaitan dengan orang yang menunaikan haji telah diserahkan kepada bapa saudara Nabi, Abbas bin Abd. Mutalib. Berhala-berhala dan semua objek penyembahan agama berhala telah diruntuhkan dan dihapuskan sama sekali. Dengan itu bukan sahaja bererti hapusnya pusat agama berhala itu dari kota Mekah buat selama-lamanya, tetapi tindakan tersebut juga banyak mempengaruhi terhapusnya penyembahan berhala di tempat-tempat lain di Semenanjung Tanah Arab. Di samping itu kota Mekah benar-benar menjadi pusat agama Islam yang terpenting sekali dan kesuciannya pun dapat dijaga dengan wajar. Selain itu Nabi Muhammad juga telah mengisytihar dan menguatkuasakan taraf Tanah Haram di mana diharamkan pembunuhan, memburu binatang, mencabut tumbuhan yang terdapat di situ dan sebagainya lagi.

Sesudah menyelesaikan masalah-masalah tersebut maka Nabi pun melancarkan dua peperangan iaitu peperangan Hunain dan peperangan Taif. Dalam peperangan Hunain, Nabi bersama 12,000 orang tentera Islam menghadapi tentera gabungan yang terdiri dari kabilah-kabilah Arab seperti Hawazin, Thaqif, Jusyam dan lain-lainnya yang diketuai oleh Malik bin `Auf. Walaupun pada permulaannya tentera Islam hampir tewas tetapi akhirnya tentera Islam telah mencapai kemenangan yang cemerlang. Di samping itu tentera Islam telah dapat rampasan perang yang banyak serta berjaya menawan beratu-ratus tentera musuh. Malik bin `Auf dan saki-baki tenteranya lari ke Taif lalu berkubu di kota Taif.

Tentera Islam pun terus mengepung kota Taif. Pertahanan kota Taif amat kuat, setelah dikepung beberapa hari tidak juga dapat ditewaskan. Maka Nabi pun meninggalkan kota Taif bersama pasukan tenteranya, kerana Nabi tahu bahawa musuh Islam itu pada satu masa nanti akan tunduk juga kepada Islam. Kesan dari dua peperangan tersebut cukup untuk mengajar dan menyedarkan kabilah-kabilah Arab itu. Malik bin `Auf dan ramai lagi pengikutnya telah memeluk Islam tidak lama dari tarikh peperangan itu berakhir. Berikutan dengan itu tawanan perang dan rampasan perang yang didapati dalam peperangan Hunain dahulu dibebaskan dan rampasan perang itu dikembalikan kepada yang berhak.pada tahun 9Hijrah kabilah Hawazin dan Thaqif telah menghantar utusan kepada Nabi di Madinah untuk menyatakan keIslaman mereka dan kabilah mereka. Dengan ini kedua-dua peperangan tersebut akhirnya telah dapat mengukuhkan kedudukan Islam sendiri. Daerah Taif yang dianggap paling subur dan merupakan salah satu daerah yang penting dari segi ekonomi itu telah dapat dikuasai oleh Islam. Kabilah Thaqif dan Hawazin yang tidak kurang pengaruhnya di kalangan kabilah-kabilah Arab itu telah memeluk Islam.

Pada tahun 9 Hijrah juga Nabi telah melancarkan peperangan Tabuk untuk menghadapi tentera Rom yang dikatakan sentiasa mahu menyerang Islam dari sebelah utara itu. Nabi telah membawa satu pasukan tentera Islam yang sangat besar iaitu kira-kira 20,000 hingga 30,000 orang ke Tabuk. Akhirnya pertempuran perang tidak berlaku kerana tentera Rom telah berundur. Oleh sebab itu Nabi pun membawa pulang tentera Islam itu ke Madinah. Walaupun peperangan tersebut tidak berlaku namum ia telah meninggalkan kesan politik yang serius kerana angkatan tentera Islam yang begitu besar itu telah dapat menyedarkan banyak kabilah-kabilah Arab di sebelah utara itu terhadap kekuatan dan pengaruh Islam. Oleh yang demikian, maka beberapa kabilah utara itu telah memberikan pengakuan kepada Islam untuk tunduk dan berbaik dengan pihak Islam serta sanggup membayar jizyah. Di antara mereka itu penduduk daerah Ayla yang diketuai oleh Juhana bin Ru`bah demikian juga penduduk daerah Jarban dan Azruh. Penduduk Ayla membayar jizyah 300 dirham setahun demikian juga penduduk Daumah al-Jandal yang diketuai oleh Ukaidir bin Abd. Malik. Ukaidir dapat ditawan dan dibawa ke Madinah. Akhirnya ia memeluk Islam. Sekembalinya tentera Islam itu di Madinah pengaruh dan kedudukan Islam kian bertambah kikuh, kerana kabilah-kabilah Arab di sebelah utara yang selama ini dikhuatiri diperalat oleh Rom untuk menyerang Islam telah bersahabat dengan Islam. Kekuatan pengaruh Islam tersebut lebih jelas lagi dapat kita lihat dari utusan-utusan berbagai kabilah Arab yang datang menemui Nabi di kota Madinah sekembalinya dari medan perang Tabuk itu. Di antaranya ialah utusan dari kabilah Muzainah, Asad, Tamin, `Abs, Fazarah, Murrah, Tha`labah, Muharib, Kilab, Hanifah, Syaiban, Ghatfan, sulaim, Tayy, Kinanah, Ja`dah, Himyar, orang Kristian dari Najran dan sebagainya lagi. Di antara utusan-utusan itu ada yang hanya menyatakan tunduk kepada Islam dan sanggup mambayar jizyah seperti utusan Kristian dari Najrin, tetapi kebanyakannya adalah menyatakan keislaman kabilah mereka. Berikutan dari itu, Nabi pun mengirimkan sahabat ke daerah-daerah yang baru memeluk Islam itu supaya dapat mengajarkan Islam di samping untuk memungut zakat dan menjalankan asas-asas pemerintahan Islam yang lainnya. Dengan langkah ini maka kedudukan Islam kian bertambah kuat dan pengaruh Islam terus menguasai kabilah-kabilah Arab itu. Seolah-olahnya Nabi telah berjaya menyatu-padukan semua kabilah-kabilah Arab itu di bawah pemerintahan Islam yang berpusat di Madinah itu.

Sesudah kabilah-kabilah arab itu memeluk Islam dan dapat disatukan di bawah pemerintahan Islam maka Nabi pada tahun 10 Hijrah melaksanakan satu langkah lain yang dapat dianggap juga sebagai mengukuhkan perpaduan Islam di samping memperdalamkan kefahaman Islam serta menghayatinya. Langkah itu Haji Wida` iaitu haji yang terakhir Nabi lakukan. Nabi telah mangarahkan semua orang Islam dari semua kabilah-kabilah Arab yang telah memeluk Islam supaya menunaikan haji bersama-sama Nabi itu. Seruan itu telah mendapat mendapat sambutan baik dari seluruh umat Islam di seluruh Tanah Arab itu. Kira-kira 20,000 orang telah dapat mengerjakan haji bersama baginda pada tahun itu. Mereka dapat berhimpun bersama di Padang Arafah. Di situlah Nabi telah dapat memberikan ucapannya yang terakhir kepada himpunan umat Islam yang terbesar pernah berlaku dalam sejarah Tanah Arab pada zaman itu. Dalam ucapannya itu Nabi telah mengingatkan semula kepada umat Islam tentang beberapa perkara penting dalam Islam termasuklah mengenai Al-Quran dan hadis, perpaduan umat Islam, perdamaian, hal-hal kekeluargaan, syaitan, kehidupan ekonomi dan sosial dan sebagainya lagi. Dengan pekerjaan haji itu maka umat Islam bukan sahaja telah dapat menunaikan haji tetapi hubungan politik dan sosial mereka juga telah dapat dierat dan dikukuhkan.

Sekembalinya Nabi dari menunaikan haji tersebut maka Nabi sempat juga melaksanakan satu langkah lain yang dapat kita anggap sebagai mengukuhkan Islam. Nabi telah berjaya membentuk satu angkatan tentera Islam yang diketuai oleh Usmah bin Zaid untuk dihantar ke Ghassan bagi menghadapi tentera Rom di sana. Tentera tersebut juga bertujuan menuntut bela atas kematian beberapa orang panglima Islam yang terbunuh di dalam peperangan Mu`tah yang berlaku pada tahun 8 Hijrah. Bagaimanapun sebaik-baik tentera tersebut bersiap-siap untuk berangkat ke Ghaddan tiba-tiba Nabi jatuh gering dan tidak berapa hari kemudiannya meninggal dunia. Bila Abu Bakar dilantik menjadi kahalifah maka beliau telah menetapkan polisi bahawa tentera Islam tersebut mestilah dihantar ke medan perang Ghassan sebagaimana dirancang oleh Nabi. Tentera Islam tersebut kemudiannya telah berjaya dengan beroleh kemenangan yang cemerlang. Berita kemenangan tentera Islam itu telah menyebabkan kabilah-kabilah Arab yang mahu menyerang kota Madinah mengubah fikiran mereka. Mereka sedar tentang kekuatan Islam walaupun Nabi telah tidak ada lagi di kalangan orang Islam. Sekembalinya dari medan perang tentera Islam itu telah ditugaskan untuk menjaga keselamatan kota Madinah. Dengan ini maka langkah Nabi menyusun tentera yang diketuai oleh Usamah bin Zaid itu telah memberikan sumbangan yang amat bermakna sekali bagi kedudukan dan pengaruh Islam.

Dapat disimpulkan bahawa segala langkah telah dibuat oleh Nabi sesudah pembukaan kota Mekah hinggalah ke tarikh wafatnya itu amat membantu memperkukuhkan kedudukan Islam serta menguatkan perpaduan umat Islam yang baru disatukan di bawah satu akidah dan satu pemerintahan Islam itu. Bagaimanapun perpaduan umat Islam itu belum benar-benar teguh Nabi telah meninggal dunia. Inilah yang menyebabkan kabilah-kabilah Arab itu ramai yang keluar Islam sebaik-baik sahaja Baginda wafat.




 


Posted at 10:03 pm by assolehah
Make a comment  

Wednesday, March 16, 2005
Keperibadian Rasullulah S.A.W

Rasulullah S.A.W. memiliki akhlak dan keperibadian agung yang mendahului zamannya.Kemuliaan peribadi ini turut diiktiraf oleh pengkaji sejarah bukan sahaja dari Timur malah pengkaji-pengkaji Barat.

Paling indah, Rasulullah bukan sekadar menyeru dan menganjur umatnya agar berakhlak mulia, bahkan seruan dan anjuran itu sebenarnya lahir dari amalan dan praktis Baginda S.A.W sedari lahir lagi. Setiap tingkah jua tutur Baginda pasti memikat hati-hati jiwa yang cintakan pekerti mulia. Malah bukan sekali dua kelakuan dan kalimah Baginda mencairkan hati-hati musuh, lantas menuntun jiwa mereka menerima Islam.

Sebagai pengiktirafan masyarakat setempat, Baginda sewaktu mudanya menerima jolokan Al-Amin dan As-Sadiq yang bermaksud orang yang amanah dan orang yang benar. Masakan tidak, yang mendidik jiwa Baginda bukanlah orang lain melainkan Allah Azza Wajalla sendiri.

Rasulullah seorang insan mulia yang amat penyayang, bersopan santun dan begitu menghormati orang lain. Baginda gemar mengusap rambut kanak-kanak dan Abdullah bin Mas`ud yang didoakan dengan kefahaman dalam urusan agama. Sabda Baginda bermaksud : " Sesiapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi ".

Baginda gemar menziarahi si sakit dan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan walaupun ketika Baginda sendiri dalam kesempitan. Baginda amat menghormati tetamu juga tuan rumah. Justeru Baginda tidak pernah kelihatan berlunjur walaupun di rumahnya sendiri malahan tidak pernah ketawa dengan kuat.

Rasulullah merupakan seorang insan yang sentiasa tersenyum dan suka menggembirakan orang lain. Sebarang kegusaran dan kehibaan hati akan disembunyikan sedapat mungkin agar tidak diketahui para sahabat. Abdullah bin Harits menyebut :" Aku tidak pernah melihat seseorang yang sentiasa tersenyum melebihi Rasullah ".

Dalam sebuah riwayat lain menceritakan, ketika Rasulullah sedang berjalan tiba-tiba datang seorang lelaki lalu merentap baju Baginda dengan kasar sehingga meninggalkan kesan koyak. Lelaki tersebut memohon kepada Rasulullah untuk diberikan padanya sedikit pemberian. Rasulullah sambil tersenyum terus memaafkan lelaki itu. Baginda sememangnya terkenal dengan sikap pemaaf wahupun kepada musuh-musuh Baginda.

Dari segi kebersihan, Baginda amat teliti sekali.Walaupun tidak punya pakaian yang banyak dan baru, namun baginda sentiasa memastikan dirinya bersih, kemas dan wangi. Baginda diriwayatkan amat suka kepada wangi-wangian.

Antara perangainya yang mulia ialah tidak memungkiri janji. Pernah pada suatu ketika Abdullah bin 'Abil berjanji dengan Rasul untuk berjumpa di suatu tempat, malangnya beliau terlupa hinggalah hari yang ketiga lalu beliau bergegas ke tempat yang dijanjikan. Setibanya di sana dia sungguh terperanjat kerana didapati Nabi masih menunggunya.

Di sebalik itu,Baginda amatlah tegas dalam urusan agama dan tidak akan berkompromi dengan kehendak Allah. Ketegasan ini zahir dalam sabdanya yang masyhur maksudnya berbunyi : "...Demi Allah sekiranya Fatimah binti Muhammad didapati mencuri, nescaya aku akan potong tangannya."

(Riwayat Bukhari)

Demikianlah indahnya pekerti Baginda Rasulullah S.A.W. sebagaimana dijelaskan di dalam firman Allah S.W.T dalam surah Al-Qalam ayat 4 bermaksud : " Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat-sangat mulia " sebagai contoh dan ikutan kepada umatnya.

sumber:
Susunan oleh : Ustaz Baharudin Bin Othman
Bahagian Pengurusan Dakwah,JAIS
Dari web JAIS



Posted at 09:56 pm by assolehah
Make a comment  

Sunday, March 06, 2005
Pasrah Segalanya

Pasrah Segalanya - DeHearty
 
Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

                                                                
 

Posted at 10:04 pm by assolehah
Make a comment  

Saturday, March 05, 2005
Pernikahan Rasulullah & Khadijah

Bermimpi Matahari Turun Ke Rumahnya

 

          Dia adalah Khadijah r.a, seorang wanita janda, bangsawan, hartawan, cantik dan budiman. Ia disegani oleh masyarakat Quraisy khususnya, dan bangsa  Arab pada umumnya. Sebagai seorang pengusaha, ia banyak memberikan bantuan dan modal kepada pedagang-pedagang atau melantik orang-orang untuk mewakili urusan-urusan perniagaannya ke luar negeri.

 

    Banyak pemuka Quraisy yang ingin menikahinya dan sanggup membayar mas kahwin berapa pun yang dikehendakinya, namun selalu ditolaknya dengan halus kerana tak ada yang berkenan di hatinya. Pada suatu malam ia bermimpi melihat matahari turun dari langit, masuk ke dalam rumahnya serta memancarkan sinarnya ke merata tempat sehingga tiada sebuah rumah di kota Makkah yang luput dari sinarnya.

 

    Mimpi itu diceritakan kepada anak bapa saudaranya yang bernama Waraqah bin Naufal. Dia seorang lelaki yang berumur lanjut, ahli dalam mentakbirkan mimpi dan ahli tentang sejarah bangsa-bangsa purba. Waraqah juga mempunyai pengetahuan luas dalam agama yang dibawa oleh Nabi-Nabi terdahulu.


Waraqah berkata: “Takwil dari mimpimu itu ialah bahawa engkau akan menikah kelak dengan seorang Nabi akhir zaman.”

 

“Nabi itu berasal dari negeri mana?” tanya Khadijah bersungguh-sungguh.

 

“Dari kota Makkah ini!” ujar Waraqah singkat.

 

“Dari suku mana?”

 

“Dari suku Quraisy juga.”

Khadijah bertanya lebih jauh: “Dari keluarga mana?”

 

“Dari keluarga Bani Hasyim, keluarga terhormat,” kata Waraqah dengan nada menghibur.

 

Khadijah terdiam sejenak, kemudian tanpa sabar meneruskan pertanyaan terakhir: “Siapakah nama bakal orang agung itu, hai anak bapa saudaraku?”

 

Orang tua itu mempertegas: “Namanya Muhammad SAW. Dialah bakal suamimu!”

   

Khadijah pulang ke rumahnya dengan perasaan yang luar biasa gembiranya. Belum pernah ia merasakan kegembiraan sedemikian hebat. Maka sejak itulah Khadijah sentiasa bersikap menunggu dari manakah gerangan kelak munculnya sang pemimpin itu.


Nabi Muhammad Berniaga

   

   Muhammad, bakal suami wanita hartawan itu, adalah seorang yatim piatu yang miskin sejak kecilnya, dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Thalib, yang hidupnya pun serba kekurangan. Meskipun demikian, bapa saudaranya amat sayang kepadanya, menganggapnya seperti anak kandung sendiri, mendidik dan mengasuhnya sebaik-baiknya dengan adab, tingkah laku dan budi pekerti yang terpuji.

 

   Pada suatu ketika, Abu Thalib berbincang-bincang dengan saudara perempuannya bernama ‘Atiqah mengenai diri Muhammad. Beliau berkata: “Muhammad sudah pemuda dua puluh empat tahun. Semestinyalah sudah kahwin. Tapi kita tak mampu mengadakan perbelanjaan, dan tidak tahu apa yang harus diperbuat.”

   

   Setelah memikirkan segala ikhtiar, ‘Atiqah pun berkata: “Saudaraku, saya mendengar berita bahawa Khadijah akan memberangkatkan kafilah niaga ke negeri Syam dalam waktu dekat ini. Siapa yang berhubungan dengannya biasanya rezekinya bagus, diberkati Allah SWT. Bagaimana kalau kita pekerjakan Muhammad kepadanya? Saya kira inilah jalan untuk memperolehi nafkah, kemudian dicarikan isterinya.”

   

Abu Thalib menyetujui saranan saudara perempuannya. Dirundingkan dengan Muhammad, ia pun tidak keberatan.
Atiqah mendatangi wanita hartawan itu, melamar pekerjaan bagi Muhammad, agar kiranya dapat diikut sertakan dalam kafilah niaga ke negeri Syam.

   

Khadijah, tatkala mendengar nama “Muhammad”, ia berfikir dalam hatinya: “Oh... inilah takbir mimpiku sebagaimana yang diramalkan oleh Waraqah bin Naufal, bahawa ia dari suku Quraisy dan dari keluarga Bani Hasyim, dan namanya Muhammad, orang terpuji, berbudi pekerti tinggi dan nabi akhir zaman.” Seketika itu juga timbullah hasrat di dalam hatinya untuk bersuamikan Muhammad, tetapi tidak dilahirkannya kerana khuatir akan fitnah.

 

“Baiklah,” ujar Khadijah kepada ‘Atiqah, “saya terima Muhammad dan saya berterima kasih atas kesediaannya. Semoga Allah SWT melimpahkan berkatnya atas kita bersama.”. Wajah Khadijah cerah, tersenyum sopan, menyembunyikan apa yang tersudut di kalbunya.


   Kemudian ia meneruskan: “Wahai ‘Atiqah, saya tempatkan setiap orang dalam rombongan niaga dengan penghasilan tinggi, dan bagi Muhammad SAW akan diberikan lebih tinggi dari biasanya.”

   

 ‘Atiqah berterima kasih, ia pulang dengan perasaan gembira menemui saudaranya, menceritakan kepadanya hasil perundingannya dengan wanita hartawan dan budiman itu. Abu Thalib menyambutnya dengan gembira.


   Kedua bersaudara itu memanggil Muhammad SAW seraya berkata: “Pergilah anakanda kepada Khadijah r.a, ia menerima engkau sebagai pekerjanya. Kerjakanlah tugasmu sebaik-baiknya.”

   

   Muhammad SAW menuju ke rumah wanita pengusaha itu. Sementara akan keluar dari pekarangan rumah bapa saudaranya, tiba-tibalah ia mencucurkan air mata kesedihan mengenang nasibnya. Tiada yang menyaksikannya dan menyertainya dalam kesedihan hati itu selain para malaikat langit dan bumi.

 

 

Kesaksian Seorang


   Tatkala kafilah niaga itu siap akan berangkat, berkatalah Maisarah, kepala rombongan: “Hai Muhammad, pakailah baju bulu itu, dan peganglah bendera kafilah. Engkau berjalan di depan, menuju ke negeri Syam!”


      Muhammad SAW melaksanakan perintah. Setelah iring-iringan keluar dari halaman memasuki jalan raya, tanpa sedar Muhammad SAW menangis kembali, tiada yang melihatnya kecuali Allah dan para malaikat-Nya. Dari mulutnya terucap suara kecil: “Aduh hai nasib! Mana gerangan ayahku Abdullah, mana gerangan ibuku Aminah. Kiranyalah mereka menyaksikan nasib anakandanya yang miskin yatim piatu ini, yang justeru lantaran ketiadaannyalah sehingga terbawa jadi buruh upahan ke negeri jauh. Aku tidak tahu apakah aku masih akan kembali lagi ke negeri ini, tanah tumpah darahku.”

   

   Jeritan batin itu membuat para malaikat langit bersedih. Mereka memintakan rahmat baginya. Maisarah memperlakukan Muhammad SAW dengan agak istimewa, sesuai dengan wasiat Khadijah. Diberinya pakaian terhormat, kenderaan unta yang tangkas dengan segala perlengkapannya.

 

    Perjalanan mengambil waktu beberapa hari. Terik matahari begitu panas sekali. Tetapi Muhammad SAW berjalan sentiasa dipayungi awan yang menaunginya hingga mereka berhenti di sebuah peristirehatan dekat rumah seorang Rahib Nasrani.

 

    Muhammad SAW turun dari untanya, pergi berangin-angin melepaskan lelah di bawah pohon yang teduh. Rahib keluar dari tempat pertapaannya. Ia terhairan-hairan melihat gumpalan awan menaungi kafilah dari Makkah, padahal tak pernah terjadi selama ini. Ia tahu apa erti tanda itu kerana pernah dibacanya di dalam Kitab Taurat. Rahib menyiapkan suatu perjamuan bagi kafilah itu dengan maksud untuk menyiasat siapa pemilik karamah dari kalangan mereka.

 

    Semua anggota rombongan hadir dalam majlis perjamuan itu, kecuali Muhammad SAW seorang diri yang tinggal untuk menjaga barang-barang dan kenderaan. Ketika Rahib melihat awan itu tidak bergerak, tetap di atas kafilah, bertanyalah beliau: “Apakah di antara kalian masih ada yang tidak hadir di sini?” Maisarah menjawab: “Hanya seorang yang tinggal untuk menjaga barang-barang.”

 

    Rahib pergi menjemput Muhammad SAW dan terus menjabat tangannya, membawanya ke majlis perjamuan. Ketika Muhammad SAW. bergerak, Rahib memperhatikan awan itu turut bergerak pula mengikuti arah ke mana Muhammad SAW berjalan. Dan di saat Muhammad SAW masuk ke ruangan perjamuan, Rahib keluar kembali menyaksikan awan itu, dan dilihatnya awan itu tetap di atas, tidak bergerak sedikit pun walaupun dihembus angin. Maka mengertilah ia siapa gerangan yang memiliki karamah dan keutamaan itu.

 

Rahib masuk kembali dan mendekati Muhammad SAW, bertanya: “Hai pemuda, dari negeri mana asalmu?”

“Dari Makkah”.

“Dari qabilah mana?” tanya sang Rahib.

“Dari Quraisy, tuan!”

“Dari keluarga siapa?”

“Keluarga Bani Hasyim.”

‘Siapa namamu?”

“Namaku, Muhammad.”

 

    Serta merta ketika mendengar nama itu, Rahib berdiri dan terus memeluk Muhammad SAW serta menciumnya di antara kedua alisnya seraya mengucapkan: “Laa Ilaaha Illallaah, Muhammadar Rasulullah.”

 

    Ia menatap wajah Muhammad SAW dengan perasaan takjub, seraya bertanya: “Sudikah engkau memperlihatkan tanda di badanmu agar jiwaku tenteram dan keyakinanku lebih mantap?”


“Tanda apakah yang tuan maksudkan?” tanya Muhammad SAW.

“Silakan buka bajumu supaya kulihat tanda akhir kenabian di antara kedua bahumu!”

Muhammad SAW. memperkenankannya, dimana Rahib tua itu melihat dengan jelas ciri-ciri yang dimaksudkan.

“Ya....ya....tertolong, tertolong!” seru Rahib. “Pergilah ke mana hendak pergi. Engkau terus ditolong!”


   Rahib itu mengusap wajah Muhammad SAW, sambil menambahkan: “Hai hiasan di hari kemudian, hai pemberi syafa’at di akhirat, hai peribadi yang mulia, hai pembawa nikmat, hai nabi rahmat bagi seluruh alam!”

   

   Dengan pengakuan demikian, Rahib dari Ahlil-Kitab itu telah menjadi seorang muslim sebelum Muhammad SAW. dengan rasmi menerima wahyu kerasulan dari langit.

 

 

Paderi-paderi Yahudi Gementar Ketakutan 

 

      Pasar dibuka beberapa hari lamanya. Semua jualan laris dengan keuntungan berlipat ganda, mengatasi pengalaman yang sudah-sudah. Kebetulan pada saat itu bertepatan dengan hari Yahudi, yang dimeriahkan dengan upacara besar-besaran.

   

Muhammad SAW, Abu Bakar dan Maisarah keluar menonton keramaian itu. Tatkala Muhammad SAW memasuki tempat upacara untuk menyaksikan cara mereka beribadat, maka tiba-tiba berjatuhanlah semua lilin-lilin menyala yang bergantungan pada tali di sekitar ruangan, yang menyebabkan paderi-paderi Yahudi gementar ketakutan.

 

    Seorang di antara mereka bertanya: “Alamat apakah ini?” Semuanya hairan, cemas dan ketakutan. “Ini bererti ada orang asing yang hadir di sini,” jawab pengerusi upacara. “Kita baca dalam Taurat bahawa alamat ini akan muncul bilamana seorang lelaki bernama Muhammad SAW, Nabi akhir zaman, mendatangi hari raya agama Yahudi. Mungkinlah sekarang orang itu berada di ruangan kita ini. Carilah lelaki itu, dan kalau bertemu, segeralah tangkap!”

 

    Abu Bakar r.a, sahabat Muhammad SAW sejak dari kecil, dan Maisarah, yang mendengar berita itu segera mendekati Muhammad SAW yang berdiri agak terpisah, dan mengajaknya keluar perlahan-lahan di tengah-tengah kesibukan orang yang berdesak-desakan keluar masuk ruangan.

 

    Tanpa menunda waktu lagi, Maisarah segera memerintahkan kafilah berangkat pulang ke Makkah. Dengan demikian tertolonglah Muhammad SAW dari kejahatan orang-orang Yahudi.

 

 

Nabi Muhammad Pulang Ke Makkah 

 

    Biasanya dalam perjalanan pulang, kira-kira jarak tujuh hari lagi mendekati Makkah, Maisarah mengirim seorang utusan kepada Khadijah r.a, memberitahukan bakal kedatangan kafilah serta perkara-perkara lain yang menyangkut perjalanan.


Maisarah menawarkan kepada Muhammad SAW: “Apakah engkau bersedia diutus membawa berita ke Makkah?” Muhammad SAW berkata: “Ya, saya bersedia apabila ditugaskan”.

 

    Pemimpin rombongan mempersiapkan unta yang cepat untuk dinaiki oleh utusan yang akan berangkat terlebih dahulu ke kota Makkah. Ia pun menulis sepucuk surat memberikan kepada majikannya bahawa perniagaan kafilah yang disertai Muhammad SAW mendapat hasil laba yang sangat memuaskan, dan menceritakan pula tentang pengalaman-pengalaman aneh yang berkaitan dengan diri Muhammad SAW.

 

    Tatkala Muhammad SAW menuntun untanya dan sudah hilang dari pandangan mata, maka Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s .:
“Hai Jibril, singkatkanlah bumi di bawah kaki-kaki unta Muhammad SAW! Hai Israfil, jagalah ia dari sebelah kanannya! Hai Mikail, jagalah ia dari sebelah kirinya! Hai awan, teduhilah ia di atas kepalanya!”

 

    Kemudian Allah SWT mendatangkan ngantuk kepadanya sehingga baginda SAW tertidur nyenyak dan tiba-tiba telah sampai di Makkah dalam tempoh yang cukup singkat. Saat terbangun, ia hairan mendapati dirinya telah berada di pintu masuk kota kelahirannya. Baginda SAW sedar bahawa ini adalah mukjizat Tuhan kepadanya, lalu bersyukur memuji Zat Yang Maha Kuasa.

 

    Sementara baginda SAW mengarahkan untanya menuju ke tempat Khadijah r.a, secara kebetulan Khadijah r.a pada saat itu sedang duduk sambil kepalanya keluar jendela memandangi jalan ke arah Syam, tiba-tiba dilihatnya Muhammad SAW di atas untanya dari arah bertentangan di bawah naungan awan yang bergerak perlahan-lahan di atas kepalanya.


   Khadijah r.a menajamkan matanya, bimbang kalau-kalau tertipu oleh penglihatannya, sebab yang dilihatnya hanyalah Muhammad SAW sendirian tanpa rombongan, padahal telah dipesannya kepada Maisarah agar menjaganya sebaik-baik. Ia bertanya kepada wanita-wanita sahayanya yang duduk di sekitarnya: “Apakah kamu mengenali siapa pengendara yang datang itu?” sambil tangannya menunjuk ke arah jalan.


Seorang di antara mereka menjawab: “Seolah-olah Muhammad Al-Amiin, ya sayyidati!”

Kegembiraan Khadijah r.a terlukis dalam ucapannya: “Kalau benar Muhammad Al-Amiin, maka kamu akan kumerdekakan bilamana ia telah sampai!”

 

    Tak lama kemudian muncullah Muhammad SAW di depan pintu rumah wanita hartawan itu, yang langsung menyambutnya dengan tutur sapa tulus ikhlas: “Kuberikan anda unta pilihan, tunggangan khusus dengan apa yang ada di atasnya.”


    Muhammad SAW mengucapkan terima kasih, kemudian menyerahkan surat dari ketua rombongan. Ia minta izin pulang ke rumah bapa saudaranya setelah melaporkan tentang perniagaan mereka ke luar negeri.

 

 

Khadijah Menawarkan Diri

 

    Muhammad Al-Amiin muncul di rumah Khadijah. Wanita usahawan itu berkata: “Hai Al-Amiin, katakanlah apa keperluanmu!” Suaranya ramah, bernada dermawan.

   

     Dengan sikap merendahkan diri tapi tahu diharga dirinya, Muhammad SAW berbicara lurus, terus terang, meskipun agak malu-malu tetapi pasti. Katanya: “Kami sekeluarga memerlukan nafkah dari bahagianku dalam rombongan niaga. Keluarga kami amat memerlukannya untuk mencarikan jodoh bagi anak saudaranya yang yatim piatu”. Kepalanya tertunduk, dan wanita hartawan itu memandangnya dengan penuh ketakjuban.

 

    “Oh, itukah....! Muhammad, upah itu sedikit, tidak menghasilkan apa-apa bagimu untuk menutupi keperluan yang engkau maksudkan,” kata Khadijah r.a. “Tetapi biarlah, nanti saya sendiri yang mencarikan calon isteri bagimu”. Ia berhenti sejenak, meneliti. Kemudian meneruskan dengan tekanan suara memikat dan mengandungi isyarat: “Aku hendak mengahwinkanmu dengan seorang wanita bangsawan Arab. Orangnya baik, kaya, diingini oleh banyak raja-raja dan pembesar-pembesar Arab dan asing, tetapi ditolaknya. Kepadanyalah aku hendak membawamu”. Khadijah tertunduk lalu melanjutkan: “Tetapi sayang, ada aibnya...! Dia dahulu sudah pernah bersuami. Kalau engkau mahu, maka dia akan menjadi pengkhidmat dan pengabdi kepadamu”.

 

    Pemuda Al-Amiin tidak menjawab. Mereka sama-sama terdiam, sama-sama terpaku dalam pemikirannya masing-masing. Yang satu memerlukan jawapan, yang lainnya tak tahu apa mahu dijawab.

 

    Khadijah r.a tak dapat mengetahui apa yang terpendam di hati pemuda Bani Hasyim itu, pemuda yang terkenal dengan gelaran Al-Amiin (jujur). Pemuda Al-Amiin itupun mungkin belum mengetahui siapa kira-kira calon yang dimaksud oleh Khadijah r.a.

 

    Ia minta izin untuk pulang tanpa sesuatu keputusan yang ditinggalkan. Ia menceritakan kepada bapa saudaranya: “Aku merasa amat tersinggung oleh kata-kata Khadijah r.a. Seolah-olah dia memandang enteng dengan ucapannya ini dan itu “anu dan anu....” Ia mengulangi apa yang dikatakan oleh perempuan kaya itu.


    ‘Atiqah juga marah mendengar berita itu. Dia seorang perempuan yang cepat naik darah kalau pihak yang dinilainya menyinggung kehormatan Bani Hasyim. Katanya: “Muhammad, kalau benar demikian, aku akan mendatanginya”.
‘Atiqah tiba di rumah Khadijah r.a dan terus menegurnya: “Khadijah, kalau kamu mempunyai harta kekayaan dan kebangsawan, maka kamipun memiliki kemuliaan dan kebangsawanan. Kenapa kamu menghina puteraku, anak saudaraku Muhammad?”

 

    Khadijah r.a terkejut mendengarnya. Tak disangkanya bahawa kata-katanya itu akan dianggap penghinaan. Ia berdiri menyabarkan dan mendamaikan hati ‘Atiqah: “Siapakah yang sanggup menghina keturunanmu dan sukumu? Terus terang saja kukatakan kepadamu bahawa dirikulah yang kumaksudkan kepada Muhammad SAW. Kalau ia mahu, aku bersedia menikah dengannya; kalau tidak, aku pun berjanji tak akan bersuami hingga mati”.

 

    Pernyataan jujur ikhlas dari Khadijah r.a membuat ‘Atiqah terdiam. Kedua wanita bangsawan itu sama-sama cerah. Percakapan menjadi serius.


“Tapi Khadijah, apakah suara hatimu sudah dimaklumi oleh anak bapa saudaramu Waraqah bin Naufah?” tanya ‘Atiqah sambil meneruskan: “Kalau belum cubalah meminta persetujuannya.”

 

“Ia belum tahu, tapi katakanlah kepada saudaramu, Abu Thalib, supaya mengadakan perjamuan sederhana. Jamuan minum, dimana sepupuku diundang, dan disitulah diadakan majlis lamaran”, Khadijah r.a berkata seolah-olah hendak mengatur siasat. Ia yakin Waraqah takkan keberatan kerana dialah yang menafsirkan mimpinya akan bersuamikan seorang Nabi akhir zaman.

 

    ‘Atiqah pulang dengan perasaan tenang, puas. Pucuk dicinta ulam tiba. Ia segera menyampaikan berita gembira itu kepada saudara-saudaranya: Abu Thalib, Abu Lahab, Abbas dan Hamzah. Semua riang menyambut hasil pertemuan ‘Atiqah dengan Khadijah r.a.

 

“Itu bagus sekali”, kata Abu Thalib, “tapi kita harus bermesyuarat dengan Muhammad SAW lebih dahulu.”

 

Janda Cantik Bermata Jeli

 

    Sebelum dijemput bermesyuarat oleh bapa saudaranya, maka terlebih dahulu ia pun telah menerima seorang perempuan bernama Nafisah, utusan Khadijah r.a yang datang untuk menjalin hubungan kekeluargaan. Utusan peribadi Khadijah itu bertanya: “Muhammad, kenapa engkau masih belum berfikir mencari isteri?”


Muhammad SAW menjawab: “Hasrat ada, tetapi kesanggupan belum ada.”

“Bagaimana kalau seandainya ada yang hendak menyediakan nafkah? Lalu engkau mendapat seorang isteri yang baik, cantik, berharta, berbangsa dan sekufu pula denganmu, apakah engkau akan menolaknya?”


“Siapakah dia?” tanya Muhammad SAW.


“Khadijah!” Nafisah berterus terang. “Asalkan engkau bersedia, sempurnalah segalanya. Urusannya serahkan kepadaku!”

 

    Usaha Nafisah berjaya. Ia meninggalkan putera utama Bani Hasyim dan langsung menemui Khadijah r.a, menceritakan kesediaan Muhammad SAW. Setelah Muhammad SAW menerima pemberitahuan dari saudara-saudaranya tentang hasil pertemuan dengan Khadijah r.a, maka baginda tidak keberatan mendapatkan seorang janda yang usianya lima belas tahun lebih tua daripadanya.

 

    Betapa tidak setuju, apakah yang kurang pada Khadijah? Ia wanita bangsawan, cantik, hartawan, budiman. Dan utamanya pula kerana hatinya telah dibukakan Tuhan untuk mencintainya, telah ditakdirkan akan dijodohkan dengannya.

 

    Kalau dikatakan janda, biarlah! Ia memang janda umur empat puluh, tapi janda yang masih segar, bertubuh ramping, berkulit putih dan bermata jeli. Maka diadakanlah majlis yang penuh keindahan itu. Hadir sama Waraqah bin Naufal dan beberapa orang-orang terkemuka Arab yang sengaja dijemput. Abu Thalib dengan rasmi meminang Khadijah r.a kepada saudara sepupunya. Orang tua bijaksana itu setuju. Tetapi dia meminta tempoh untuk berunding dengan wanita berkenaan.

 

 

Pernikahan Muhammad dengan Khadijah

 

    Khadijah r.a diminta pendapat. Dengan jujur ia berkata kepada Waraqah: “Hai anak bapa saudaraku, betapa aku akan menolak Muhammad SAW padahal ia sangat amanah, memiliki keperibadian yang luhur, kemuliaan dan keturunan bangsawan, lagi pula pertalian kekeluargaannya luas”.


“Benar katamu, Khadijah, hanya saja ia tak berharta”, ujar Waraqah.

“Kalau ia tak berharta, maka aku cukup berharta. Aku tak memerlukan harta lelaki. Kuwakilkan kepadamu untuk menikahkan aku dengannya,” demikian Khadijah r.a menyerahkan urusannya.

 

    Waraqah bin Naufal kembali mendatangi Abu Thalib memberitakan bahawa dari pihak keluarga perempuan sudah bulat muafakat dan merestui bakal pernikahan kedua mempelai. Lamaran diterima dengan persetujuan mas kahwin lima ratus dirham. Abu Bakar r.a, yang kelak mendapat sebutan “Ash-Shiddiq”, sahabat akrab Muhammad SAW. sejak dari masa kecil, memberikan sumbangan pakaian indah buatan Mesir, yang melambangkan kebangsawaan Quraisy, sebagaimana layaknya dipakai dalam upacara adat istiadat pernikahan agung, apalagi kerana yang akan dinikahi adalah seorang hartawan dan bangsawan pula.

 

    Peristiwa pernikahan Muhammad SAW dengan Khadijah r.a berlangsung pada hari Jumaat, dua bulan sesudah kembali dari perjalanan niaga ke negeri Syam. Bertindak sebagai wali Khadijah r.a ialah bapa saudaranya bernama ‘Amir bin Asad, sedang Waraqah bin Naufal membacakan khutbah pernikahan dengan fasih, disambut oleh Abu Thalib sebagai berikut:
“Alhamdu Lillaah, segala puji bagi Allah Yang menciptakan kita keturunan (Nabi) Ibrahim, benih (Nabi) Ismail, anak cucu Ma’ad, dari keturunan Mudhar.

“Begitupun kita memuji Allah SWT Yang menjadikan kita penjaga rumah-Nya, pengawal Tanah Haram-Nya yang aman sejahtera, dan menjadikan kita hakim terhadap sesama manusia.

 

“Sesungguhnya anak saudaraku ini, Muhammad bin Abdullah, kalau akan ditimbang dengan laki-laki manapun juga, nescayalah ia lebih berat dari mereka sekalian. Walaupun ia tidak berharta, namun harta benda itu adalah bayang-bayang yang akan hilang dan sesuatu yang akan cepat perginya. Akan tetapi Muhammad SAW, tuan-tuan sudah sama mengenalinya siapa dia. Dia telah melamar Khadijah binti Khuwailid. Dia akan memberikan mas kahwin lima ratus dirham yang akan segera dibayarnya dengan tunai dari hartaku sendiri dan saudara-saudaraku.

“Demi Allah SWT, sesungguhnya aku mempunyai firasat tentang dirinya bahawa sesudah ini, yakni di saat-saat mendatang, ia akan memperolehi berita gembira (albasyaarah) serta pengalaman-pengalaman hebat.

“Semoga Allah memberkati pernikahan ini”.

 

    Penyambutan untuk memeriahkan majlis pernikahan itu sangat meriah di rumah mempelai perempuan. Puluhan anak-anak lelaki dan perempuan berdiri berbaris di pintu sebelah kanan di sepanjang lorong yang dilalui oleh mempelai lelaki, mengucapkan salam marhaban kepada mempelai dan menghamburkan harum-haruman kepada para tamu dan pengiring.


    Selesai upacara dan tamu-tamu bubar, Khadijah r.a membuka isi hati kepada suaminya dengan ucapan: “Hai Al-Amiin, bergembiralah! Semua harta kekayaan ini baik yang bergerak mahupun yang tidak bergerak, yang terdiri dari bangunan-bangunan, rumah-rumah, barang-barang dagangan, hamba-hamba sahaya adalah menjadi milikmu. Engkau bebas membelanjakannya ke jalan mana yang engkau redhai !”

 

Itulah sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Dia (Allah) mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kekayaan”.

(Adh-Dhuhaa: 8)

 

    Alangkah bahagianya kedua pasangan mulia itu, hidup sebagai suami isteri yang sekufu, sehaluan, serasi dan secita-cita.

 

 

Dijamin Masuk Syurga

 

    Khadijah r.a mendampingi Muhammad SAW. selama dua puluh enam tahun, yakni enam belas tahun sebelum dilantik menjadi Nabi, dan sepuluh tahun sesudah masa kenabian. Ia isteri tunggal, tak ada duanya, bercerai kerana kematian. Tahun wafatnya disebut “Tahun Kesedihan” (‘Aamul Huzni).

 

    Khadijah r.a adalah orang pertama sekali beriman kepada Rasulullah SAW. ketika wahyu pertama turun dari langit. Tidak ada yang mendahuluinya. Ketika Rasulullah SAW menceritakan pengalamannya pada peristiwa turunnya wahyu pertama yang dihantar Jibril ‘alaihissalam, dimana beliau merasa ketakutan dan menggigil menyaksikan bentuk Jibril a.s dalam rupa aslinya, maka Khadijahlah yang pertama dapat mengerti makna peristiwa itu dan menghiburnya, sambil berkata: “Bergembiralah dan tenteramkanlah hatimu. Demi Allah SWT yang menguasai diri Khadijah r.a, engkau ini benar-benar akan menjadi Nabi Pesuruh Allah bagi umat kita.


“Allah SWT tidak akan mengecewakanmu. Bukankah engkau orang yang sentiasa berusaha untuk menghubungkan tali persaudaraan? Bukankah engkau selalu berkata benar? Bukankah engkau sentiasa menyantumi anak yatim piatu, menghormati tetamu dan menghulurkan bantuan kepada setiap orang yang ditimpa kemalangan dan musibah?”

 <


Posted at 08:12 pm by assolehah
Comment (1)  

Friday, March 04, 2005
Aminah Bonda Rasulullah SAW

    seorang wanita berhati mulia, pemimpin para ibu. Seorang ibu yang telah menganugerahkan anak tunggal yang mulia pembawa risalah yang lurus dan kekal, rasul yang bijak pembawa hidayah. Dialah Aminah binti Wahab. Ibu dari Muhammad bin Abdullah yang diutus Allah sebagai rahmat seluruh alam. Cukuplah baginya kemuliaan dan kebanggaan yang tidak dapat dimungkiri, bahawa Allah azza wa jalla memilihnya sebagai ibu seorang rasul mulia dan nabi yang terakhir.

 

    Berkatalah Muhammad puteranya tentang nasabnya. “Allah telah memilih aku dari Kinanah, dan memilih Kinanah dari suku Quraisy bangsa Arab. Aku berasal dari keturunan orang-orang yang baik, dari orang-orang yang baik, dari orang-orang yang baik.” Dengarlah sabdanya lagi, “Allah memindahkan aku dari sulbi-sulbi yang baik ke rahim-rahim yang suci secara terpilih dan terdidik. Tiadalah bercabang dua, melainkan aku di bahagian yang terbaik.”

 

    Aminah bukan cuma ibu seorang rasul atau nabi, tetapi juga wanita pengukir sejarah. Kerana risalah yang dibawa putera tunggalnya sempurna, benar dan kekal sepanjang zaman. Suatu risalah yang bermaslahat bagi ummat manusia. Berkatalah Ibnu Ishaq tentang Aminah binti Wahab ini. “Pada waktu itu ia merupakan gadis yang termulia nasab dan kedudukannya di kalangan suku Quraisy.”

 

    Menurut penilaian Dr. Bint Syaati tentang Aminah ibu Muhammad iaitu. “Masa kecilnya dimulai dari lingkungan paling mulia, dan asal keturunannya pun paling baik. Ia (Aminah) memiliki kebaikan nasab dan ketinggian asal keturunan yang dibanggakan dalam masyarakat aristokrasi (bangsawan) yang sangat membanggakan kemuliaan nenek moyang dan keturunannya.”

 

    Aminah binti Wahab merupakan bunga yang indah di kalangan Quraisy serta menjadi puteri dari pemimpin bani Zuhrah. Pergaulannya senantiasa dalam penjagaan dan tertutup dari pandangan mata. Terlindung dari pergaulan bebas sehingga sukar untuk dapat mengetahui jelas penampilannya atau gambaran fizikalnya. Para sejarawan hampir tidak mengetahui kehidupannya kecuali sebagai gadis Quraisy yang paling mulia nasab dan kedudukannya di kalangan Quraisy.

 

    Meski tersembunyi, baunya yang harum semerbak keluar dari rumah bani Zuhrah dan menyebar ke segala penjuru Makkah. Bau harumnya membangkitkan harapan mulia dalam jiwa para pemudanya yang menjauhi wanita-wanita lain yang terpandang dan dibicarakan orang.

 

Patah hati

 

    Allah memilih Aminah “Si Bunga Quraisy” sebagai isteri Abdullah bin Abdul Muthalib di antara gadis lain yang cantik dan suci. Ramai gadis yang meminang Abdullah sebagai suaminya seperti Ruqaiyah binti Naufal, Fatimah binti Murr, Laila al Adawiyah, dan masih ramai wanita lain yang telah meminang Abdullah.


    Ibnu Ishaq menuturkan tentang Abdul Muthalib yang membimbing tangan Abdullah anaknya setelah menebusnya dari penyembelihan. Lalu membawanya kepada Wahab bin Abdu Manaf bin Zuhrah - yang waktu itu sebagai pemimpin bani Zuhrah - untuk dikahwinkan dengan Aminah.

 

    Abdullah adalah pemuda paling tampan di Makkah. Paling memukau dan paling terkenal di Makkah. Tak hairan, jika ketika ia meminang Aminah, ramai wanita Makkah yang patah hati.”

 

    Cahaya yang semula memancar di dahi Abdullah kini berpindah ke Aminah, padahal cahaya itulah yang membuat wanita-wanita Quraisy rela menawarkan diri sebagai calon isteri Abdullah. Setelah berhasil mengahwini Aminah, Abdullah pernah bertanya kepada Ruqaiyah mengapa tidak menawarkan diri lagi sebagai suaminya. Apa jawab Ruqayah, “Cahaya yang ada padamu dulu telah meninggalkanmu, dan kini aku tidak memerlukanmu lagi.”

 

    Fatimah binti Murr yang ditanyai juga berkata, “Hai Abdullah, aku bukan seorang wanita jahat, tetapi kulihat aku melihat cahaya di wajahmu, kerana itu aku ingin memilikimu. Namun Allah tak mengizinkan kecuali memberikannya kepada orang yang dikehendakiNya.” Jawaban serupa juga disampaikan oleh Laila al Adawiyah. “Dulu aku melihat cahaya bersinar di antara kedua matamu kerana itu aku mengharapkanmu. Namun engkau menolak. Kini engkau telah mengahwini Aminah, dan cahaya itu telah lenyap darimu.”

 

    Memang “cahaya” itu telah berpindah dari Abdullah kepada Aminah. Cahaya ini setelah berpindah-pindah dari sulbi-sulbi dan rahim-rahim lalu menetap pada Aminah yang melahirkan  Nabi Muhammad SAW. Bagi Muhammad merupakan hasil dari doa Ibrahim bapanya. Kelahirannya sebagai khabar gembira dari Isa saudaranya, dan merupakan hasil mimpi dari Aminah ibunya. Aminah pernah bermimpi seakan-akan sebuah cahaya keluar darinya menyinari istana-istana Syam. Dari suara ghaib ia mendengar, “Engkau sedang mengandung pemimpin ummat.”

 

    Masyarakat di Makkah selalu membicarakan, kedatangan nabi yang ditunggu-tunggu sudah semakin dekat. Para pendita Yahudi dan Nasrani, serta peramal-peramal Arab, selalu membicarakannya. Dan Allah telah mengabulkan doa Ibrahim as. seperti disebutkan dalam Surah al Baqarah ayat 129. “Ya Tuhan kami. Utuslah bagi mereka seorang rasul dari kalangan mereka.”     Dan terwujudlah khabar gembira dari Isa as. seperti tersebut dalam Surah as Shaff ayat 6. “Dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang rasul yang akan datang sesudahku, namanya Ahmad (Muhammad). Benar pulalah tentang ramalan mimpi Aminah tentang cahaya yang keluar dari dirinya serta menerangi istana-istana Syam itu.”

 

Pemimpin Para Ibu

 

Aminah adalah pemimpin para ibu, kerana ia ibu Nabi Muhammad yang dipilih Allah sebagai rasul pembawa risalah untuk ummat manusia hingga akhir zaman. Muhammadlah penyeru kebenaran dan keadilan serta kebaikan berupa agama Islam.

 

“Dan barangsiapa memilih agama selain Islam, maka tiadalah diterima (agama itu) darinya. Dan di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.”

(Ali Imran: 85)

 

    Saat menjelang wafatnya, Aminah berkata: “Setiap yang hidup pasti mati, dan setiap yang baru pasti usang. Setiap orang yang tua akan binasa. Aku pun akan wafat tapi sebutanku akan kekal. Aku telah meninggalkan kebaikan dan melahirkan seorang bayi yang suci.”

 

    Diriwayatkan oleh Aisyah dengan katanya, “Rasulullah SAW memimpin kami dalam melaksanakan haji wada’. Kemudian baginda lalu dekat kubur ibunya sambil menangis sedih. Maka aku pun ikut menangis kerana tangisnya.”


Betapa harumnya nama Aminah, dan betapa kekalnya namanya nan abadi. Seorang ibu yang luhur dan agung sebagai ibu Muhammad manusia paling utama di dunia, paling sempurna di antara para nabi, dan sebagai rasul yang mulia. Aminah binti Wahab adalah ibu kandung rasul yang mulia. Semoga Allah memberkahinya.

 


 


Posted at 07:40 pm by assolehah
Make a comment  

Thursday, March 03, 2005
Nama-Nama Isteri Rasullulah

Khadijah binti Khuwailid (meninggal dunia pada tahun 3 Sebelum Hijrah)

Beliau adalah isteri Rasulullah yang pertama dan orang yang paling banyak membantu perjuangan baginda di peringkat awal kebangkitan Nabi menjadi Rasul. Sebelum kebangkitan Nabi menjadi Rasul beliau digelarkan dengan wanita suci. Rasulullah mengahwininya 15 tahun sebelum kebangkitan baginda menjadi Rasul. Anak-anak beliau dari Nabi s.a.w ialah: Qasim dan Abdullah kedua-duanya meninggal dunia ketika masih kecil. Seterusnya Zainab, Rukiah, Ummi Kalsum dan Fatimah. Beliau memberi sokongan padu kepada Rasulullah s.a.w dalam perjuangan baginda samada dari sudut moral ataupun material. Khadijah meninggal dunia pada tahun "Aamul Huzni" (tahun kesedihan) dan dikebumikan di Hajun.

 

Aisyah binti Abu Bakar (meninggal dunia pada tahun 58 Hijrah)

Beliau dikahwinkan oleh Nabi s.a.w pada tahun kedua selepas Hijrah. Nabi tidak pernah berkahwin dengan gadis sunti selain daripadanya. Beliau adalah seorang isteri yang paling disayangi oleh Nabi dan paling banyak meriwayatkan hadis daripada Rasulullah s.a.w. Beliau adalah wanita yang paling fakih di kalangan umat Nabi Muhammad serta paling alim tentang ilmu agama adab-adabnya. Beliau meninggal dunia di Madinah dan dikebumikan di perkuburan Baqi'.

 

Hafsah binti Umar (meninggal dunia pada tahun 45 Hijrah)

Beliau memeluk Islam sejak awal kebangkitan Islam. Beliau bersama suaminya turut serta berhijrah ke Madinah. Setelah berlaku peperangan Badar, suaminya meninggal dunia. Kemudian Rasulullah melamarnya melalui bapa beliau, seterusnya beliau dikahwinkan dengan Rasulullah s.a.w. Beliau meninggal dunia di Madinah.

 

Juwairiah binti Al-Harith bin Abi Dhirar (meninggal dunia pada tahun 56 Hijrah)

Pada asal beliau bernama Burah binti al-Harith. Beliau ditawan oleh umat Islam setelah berjaya dalam peperangan Bani Mustaliq. Beliau kemudiannya diberikan kepada Thabit bin Qais sebagai bahagian dari rampasan perang. Thabit berjanji untuk memerdekakannya setelah beliau berjaya membayar sejumlah wang tebusan. Setelah itu beliau pergi berjumpa Rasulullah untuk minta bantuan, lalu Rasulullah bersetuju untuk membayar sejumlah harta yang telah beliau sepakati bersama Thabit bin Qais. Setelah itu Rasulullah memerdekakan Juwairiah kemudian mengahwininya.

 

Maimunah binti Al-Harith (meninggal dunia pada tahun 50 Hijrah / 670 Masehi)

Nama asal beliau ialah Burrah lalu diganti oleh Nabi dengan nama Maimunah. Beliaulah wanita yang menghadiahkan dirinya kepada Nabi s.a.w dan terdapat ayat al-Quran yang diturunkan kerananya iaitu ayat yang bermaksud: Dan (Kami telah halalkan bagimu) mana-mana perempuan yang beriman yang memberikan dirinya kepada Nabi (untuk dikahwinkan tanpa membayar maskahwin) Surah al-Ahzab ayat: 50

 

Mariah Al-Qibtiah (meninggal dunia pada tahun 16 Hijrah / 637 Masehi)

Beliau adalah seorang wanita Mesir yang dihadiahkan oleh Muqauqis, pemerintah Mesir pada tahun 7 H kepada Nabi. Setelah dimerdekakan beliau dikahwini oleh Rasulullah s.a.w dan dikurniakan seorang putera yang bernama Ibrahim. Setelah Nabi meninggal dunia beliau disara oleh Saidina Abu Bakar seterusnya Umar. Beliau meninggal dunia pada zaman pemerintahan Saidina Umar.

 


Safiah binti Huyai bin Akhtab (meninggal dunia pada tahun 50 Hijrah)

Pada asalnya beliau adalah di antara penganut agama Yahudi Bani Akhtab. Beliau termasuk di antara tawanan yang ditawan dalam perang Khaibar. Lantas Rasulullah s.a.w memilih beliau kemudian memerdekakannya. Setelah beliau memeluk Islam Rasulullah s.a.w mengahwininya. Beliau meninggal dunia di Madinah.

 

Saudah binti Zam'ah (meninggal dunia pada tahun 23 Hijrah / 643 Masehi)

Beliau memeluk Islam bersama suaminya dan turut serta berhijrah ke Habsyah (Eriteria sekarang). Setelah suaminya meninggal dunia, beliau dikahwini oleh Rasulullah selepas Khadijah meninggal dunia kemudian Rasulullah membawa beliau berhijrah ke Madinah.

 

Ummu Habibah binti Abi Sufian (meninggal dunia pada tahun 44 Hijrah / 664 Masehi)

Nama penuhnya ialah Ramlah binti Abi Sufian. Beliau turut serta berhijrah ke Habsyah (Eriteria sekarang) bersama suaminya, tetapi suaminya terpengaruh dengan ajaran Kristian menyebabkan dia murtad dan meninggal dunia dalam keadaan menganut agama Kristian. Setelah suami Ummu Habibah meninggal dunia Rasulullah s.a.w terus menghantar Amru bin Umaiyyah Ad-Dhumari supaya melamar beliau untuk Rasulullah. Ekoran dari itu an-Najasyi, pemerintah Habsyah mengahwinkan Ummu Habibah dengan Rasulullah s.a.w dengan maskahwin sebanyak 400 dinar.

 

Ummu Salamah (meninggal dunia pada tahun 57 Hijrah / 676 Masehi)

Nama penuhnya ialah Hindun binti Umaiyyah. Salah seorang sahabat wanita yang awal memeluk Islam. Beliau termasuk di kalangan orang-orang yang berhijrah sebanyak dua kali (Hijrah ke Habsyah dan Hijrah ke Madinah). Rasulullah s.a.w mengahwini beliau setelah suaminya mati syahid dalam peperangan Badar. Beliau termasuk di antara wanita-wanita yang matang berfikir, berperibadi tinggi dan pandai menulis. Beliau dikurniakan umur yang panjang. Beliau meninggal dunia di Madinah dan dikebumikan di perkuburan Baqi'.

 

Zainab binti Jahsyin (meninggal dunia pada tahun 20 Hijrah)

Beliau adalah emak saudara Rasullullah s.a.w. Pada peringkat awalnya beliau dikahwini oleh Zaid bin Harithah dan nama beliau ialah Burrah. Setelah beliau dicerai, beliau dikahwini oleh Rasulullah s.a.w dan diberi nama Zainab. Beliau pernah digelarkan dengan Ummu al-Hakam. Beliau merupakan wanita yang mempunyai pengetahuan agama dan seorang yang warak serta suka bersedekah. Beliau pernah membuat sesuatu dengan titik peluhnya sendiri kemudian menyedekahkannya kepada fakir miskin. Beliau juga bersikap pemurah dengan kaum kerabat dan anak-anak yatimnya

 




 


Posted at 05:53 pm by assolehah
Make a comment  

Wednesday, March 02, 2005
Bunga


Posted at 04:55 pm by assolehah
Make a comment  

Tuesday, March 01, 2005
~ Sahabat ~

SAHABAT - amar

Ingin aku singkap kembali
Kenangan lama agar bersemi
Inginku ulangi kisah manis
Agar terus bersemadi

Ingatlah aku sebagai rakanmu
Kenaglah daku dalam doamu
Begitulah indahnya kisah dahulu
Engkau sebagai temanku

Apabila engkau terjaga
Satukanlah harapanku denganmu
Kerana ianya bakal berpadu
Mimpi si penunggu yang setia
Layarkanlah impian doamu
Sesungguhnya aku masih mengingatimu
Sebagai kawan rakan dan teman
Semoga kita diberkati Allah

Kudoakan kepadamu agar bahagia
Di dunia dan akhirat

                                                                 

 

Posted at 04:49 pm by assolehah
Make a comment  

Previous Page Next Page