Bismillahirrahmanirrahim. Nama yang diberi oleh ibubapa as adalah Noraslina binti Abd Rahaman. Alhamdulillah, as dilahirkan di Hospital Besar Kuantan,Pahang pada 26 Mac 1981, hari Khamis jam 2.02 pagi. Buat masa ini, as menetap di Seri Kembangan, Selangor dan akan berpindah ke Putrajaya pada bulan 9 ini, InsyaALLAH. As adalah anak sulung daripada 4 orang adik beradik. Hobi as ialah melukis membaca. As minat kepada sesuatu yang islamic, 'nature' dan 'sweet'.





   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30






~ Puziah a.k.a. Ma - 26.2.1956 ~
~ Abd Rahaman a.k.a. Abah - 10.5.1956 ~
~ Mohd Fairus - 14.6.1983 ~
~ Norliyana - 16.8.1986 ~
~ Mohd Fahmi -17.3.1995 ~



~ Azura ->15.4 ~
~ ChE OwN - 7.5 ~
~ FiZa - 27.5 ~
~ EkYn - 4.3
~ EyDa - 14.8 ~
~ Mizi Wardina - 6.1 ~
~ Usin - 20.12 ~
~ Fawaz - 24.7 ~
~ Anizan - 20.7~
~ Zera - 4.3 ~
~ Fanna - 17.3 ~
~ Syikin SMS - 23.3 ~
~ Suryati - 19.3 ~
~ Sist Es - 6.11 ~
~ Che Ah - 11.9 ~
~ Sue ChoMeL - 12.10 ~
~ Akhi Anwar - 23.6 ~


::: azura :::
::: azera :::
::: aida :::
::: Pejah :::
::: Sue :::
::: Fawaz :::
::: Tazkirah Fawaz :::




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Monday, September 11, 2006
saidatina khadijah

PERNIAGAAN DENGAN HARTA KHADIJAH DAN PERKAH’WINAN BAGINDA

 

Mengikut apa yang diceritakan oleh Ibnu Athir dan Ibnu Hisyam bahawa Khadijah RadiyaLlahu‘anha adalah seorang saudagar yang masyhur serta terkenal dengan kemuliaan budi dan kekayaan harta.Sebilangan besar dari orang ‘Arab di masa itu meminjam sebahagian daripada hartanya itu sebagai modal perniagaan mereka.

Bila mana Khadijah mendengar berita perihal peribadi Nabi Muhammad yang mulia dan akhlaq yang terpuji itu ia terus mempelawakan kepada Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam supaya menjalankan usaha perniagaan dengan hartanya dan sanggup memberi keuntungan yang lebih dari yang pernah diberikannya kepada orang lain. Untuk mengiringi baginda dalam usaha perniagaan nanti baginda akan dibantu oleh seorang budak suruhan Khadijah yang bernama “Maisarah”. Tawaran itu telah diterima baik oleh Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dengan penuh kerelaan hati. Baginda terus belayar ke negeri Syam untuk menjalankan urusan peniagaan bersama “Maisarah” budak suruhan Khadijah. Dalam perniagaan ini baginda telah mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Bila baginda kembali bertemu Khadijah dengan keuntungamiya tadi, baginda terus menyerahkan kepada Khadijah apa yang perlu dan patut diserahkan dengan penuh amanah. Semasa di negeri Syam “Maisarah” telah melihat dengan mata kepalanya sendiri dan tertawan dengan budi pekerti baginda yang mulia dan segala—galanya ini terus diceritakan kepada Khadijah. Khadijah sungguh tertawan dengan keamanahan dan budi  pekertinya yang tinggi dan yang lebih menghairankan lagi ialah kelabaan yang berlebihan yang diperolehinya dengan berkat baginda. Dengan perantaraan Nafisah binti Manbah, Khadijah telah menawarkan dirinya kepada Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam untuk menjadi teman hidupnya yang halal. Tawarannya tadi telah disambut baik oleh Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan dengan tidak membuang masa, baginda terus menyatakan hasrat hatinya yang mulia itu kepada bapa-bapa saudaranya dan mereka pun terus melamar Khadijah melalui bapa saudaranya ‘Amru bin Asad. Perkahwinan pun dilangsungkan dengan selamatnya. Di kala itu RasuluLlah berusia genap dua puluh lima tahun sedang Khadijah telah berusia empat puluh tahun.

 

PENGAJAR DAN RENUNGAN

 

Perniagaan Nabi Muhammad dengan harta Khadijah tadi merupakan sambungan dan siri perjuangan untuk menghadapi cabaran hidup yang dulunya dimulakan dengan berternak kambing seperti mana yang telah diterangkan dahulu. Perkahwinan dengan Khadijah membayangkan kepada kita yang RasuluLlah tidak memberatkan soal-soal kepuasan hawa nafsu dan sebagainya seperti pemuda-pemuda yang Seumur dan sebaya dengannya. Kalau tidak sedemikian sudah pasti baginda telah memiih wanita-wanita yang lebih muda daripadanya. Di sini nyatalah kepada kita di mana perkahwinannya semata-mata kerana kejujuran dan kemuliaan budi Khadijãh sehingga ianya digelar di masa jahiliyyah dengan “Wanita Suci”. Perkahwinan ini telah hidup dan membunga sehingga wafatnya Khadijah dalam usia enam puluh lima tahun sedang RasuluLlab SallaLlahu ‘alaihi Wasallam berusia lima puluh tahun dan tidak terlintas di hati sanubari baginda untuk berkahwin dengan perempuan yang lain sedangkan manusia biasanya dalam usia antara dua puluh hingga lima puluh merupakan musim gelora perasaan mahukan perempuan dan mahukan lebih dan satu untuk melepaskan hawa nafsu kebinatangan. Nabi Muhammad dapat melintasi

usia dan musim gelora ini tanpa memikir langsung soal-soal hendak berkahwin lebih, memadailah dengan Khadijah seorang. Kalaulah RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam mahukan lebih dan satu sudah tentu mudah baginya dan tidak pula menyalahi adat resam di masa itu yang mana orang-orang ‘Arab di masa itu berkahwin lebih dan satu atau mencari hamba abdi sebagai gundik simpanan. Di samping itu perlu kita ingat di mana Khadijah adalah janda umurnya melebihi Muhammad SailaLlahu ‘alaihi Wasallam hampir dua kali ganda.

 


Posted at 12:14 am by assolehah
Make a comment  

Monday, May 02, 2005
Abu Ayyub Al-Ansariy r.a

Nama sebenarnya ialah Khalid bin Zaid bin Kulaib dari Bani An-Najjar.

Mendapat penghormatan kerana Rasulullah s.a.w turun dari unta baginda di rumah beliau selepas baginda memasuki Madinah semasa baginda berhijrah ke sana dari Mekah.

Semasa Rasulullah s.a.w memasuki Madinah, setiap orang dari kalangan orang-orang Ansar bercita-cita supaya Rasulullah s.a.w turun dari unta baginda di rumah mereka. Mereka menghalang perjalanan unta Nabi s.a.w secara silih berganti supaya unta baginda menghala ke rumah mereka kemudian Nabi bersabda kepada mereka: (Biarkanlah ia pergi kerana ia telah diperintahkan). Lalu unta tersebut terus berjalan sehinggalah ia berhenti di halaman rumah Abu Ayyub Al-Ansariy r.a.

Abu Ayyub terlalu gembira melihat keadaan tersebut lalu beliau terus mendapatkan Rasulullah s.a.w menyambut kedatangan baginda dengan perasaan terlalu gembira dan rasa sangat terharu sambil membawa barang-barang yang dibawa oleh Nabi s.a.w seolah-olah beliau membawa khazanah dunia kemudian terus masuk ke rumahnya.

Rumah Abu Ayyub r.a terdiri dari dua tingkat. Nabi memilih tingkat bawah supaya baginda boleh berjumpa para sahabat dengan mudah di mana mereka dapat masuk dan keluar dengan mudah. Tetapi keadaan tersebut menyebabkan Abu Ayyub tidak dapat tidur di atas Rasulullah s.a.w malah beliau tidak dapat tidur sedikitpun pada malam tersebut sehingga menjelang waktu pagi. Lalu beliau datang berjumpa dengan Rasulullah s.a.w dan mengadu kepada baginda mengenai keadaan tersebut kemudian beliau meminta baginda supaya berpindah ke tingkat atas. Pada masa itu juga muka baginda kelihatan bertambah ceria lantas baginda menjawab kepadanya: (Janganlah kamu menyusahkan diri kamu wahai Abu Ayyub, sesungguhnya kami lebih sesuai berada di tingkat bawah kerana ramai orang yang datang berjumpa kami). Kemudian Abu Ayyub berkata: Aku melaksanakan perintah Rasulullah s.a.w tersebut sehinggalah berlaku pada suatu malam yang sangat sejuk, kendi kami pecah menyebabkan airnya tumpah ke atas lantai di tingkat atas. Lalu aku dan Ummu Ayyub terus bergegas ke tempat air yang tumpah tersebut sedangkan pada masa tersebut kami tidak memiliki apa-apa kecuali sehelai kain baldu yang kami jadikan sebagai selimut. Kami menggunakan kain tersebut untuk mengelap air yang tumpah kerana bimbang air tersebut menitis ke tingkat bawah tempat Rasulullah s.a.w berada. Pada pagi keesokannya aku berjumpa dengan Rasulullah s.a.w kemudian aku berkata: Demi bapaku, kamu dan ibuku! Aku tidak suka berada di atas kamu sedangkan kamu berada di bawahku. Setelah itu aku ceritakan berita mengenai kendi tersebut. Lalu baginda menerima permintaan aku dan baginda bersetuju untuk naik ke tingkat atas manakala aku dan Ummu Ayyub pula turun ke tingkat bawah.

Rasulullah s.a.w menetap di rumah Abu Ayyub selama lebih kurang tujuh bulan sehinggalah masjid baginda dibina bersama-sama dengan bilik-bilik yang terdapat di sekeliling masjid yang kemudiannya baginda berpindah ke sana.

Abu Ayyub adalah seorang yang berhati lembut, terlalu sayang kepada Rasulullah s.a.w, sangat pemurah, suka memberi makan kepada orang lain dan beliau memiliki sebatang pokok kurma di mana beliau mengusahakannya untuk menampung kehidupannya dan keluarganya.

Selain dari itu Abu Ayyub juga merupakan salah seorang pahlawan perang. Beliau menyertai kesemua peperangan yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w, begitu juga dengan peperangan yang berlaku pada zaman pembukaan kawasan Islam, semuanya beliau serta kecuali berlaku beberapa peperangan dalam satu masa.

Abu Ayyub r.a tidak pernah ketinggalan dari mengikuti peperangan yang diikuti oleh umat Islam semenjak zaman Nabi s.a.w sehinggalah ke zaman Muawiyah r.a.

Pada zaman pemerintahan Muawiyah, Muawiyah telah menghantar sepasukan tentera untuk membuat pembukaan Constantinople di bawah pimpinan anaknya Yazid. Pada masa tersebut Abu Ayyub merupakan seorang yang telah terlalu tua kerana umurnya menjangkau 80 tahun. Walau bagaimanapun dia tetap keluar bersama-sama dengan pasukan tentera dan menaiki pengangkutan laut lalu beliau jatuh sakit. Pada masa panglima tentera mengunjungi beliau, panglima bertanya kepadanya: Wahai Abu Ayyub! Adakah kamu ingin sesuatu permintaan? Lalu beliau meminta daripada panglima supaya tentera mengusung beliau sekiranya beliau meninggal dunia kemudian mengebumikan beliau di bumi musuh iaitu supaya mereka mengebumikan beliau di pagar Constantinople. Ternyata beliau meninggal dunia pada masa tersebut.

Setelah peristiwa tersebut berlaku, mereka berusaha menyerang musuh sedikit demi sedikit sehinggalah mereka berjaya sampai ke pagar Constantinople dalam keadaan mereka mengusung Abu Ayyub bersama-sama dengan mereka dan di sana mereka menggali sebuah kubur untuk Abu Ayyub kemudian mengebumikan beliau di sana.


 

 


Posted at 07:04 pm by assolehah
Make a comment  

Sunday, May 01, 2005
RASULULLAH S.A.W. DAN WANG 8 DIRHAM

Suatu hari Rasulullah SAW bermaksud belanja. Dengan bekal wang 8 dirham, beliau hendak membeli pakaian dan peralatan rumah tangga. Belum juga sampai di pasar, beliau mendapati seorang wanita yang sedang menangis. Beliau sempatkan bertanya kenapa menangis. Apakah sedang ditimpa musibah ? Perempuan itu menyampaikan bahwa ia adalah seorang budak yang sedang kehilangan wang sebesar 2 dirham. Ia menangis sangat takut didera oleh majikannya. Dua dirham dikeluarkan dari saku Rasulullah untuk menghibur perempuan malang tersebut. Kini tinggal 6 dirham. Beliau bergegas membeli gamis, pakaian kesukaanya. Akan tetapi baru beberapa langkah dari pasar, seorang tua lagi miskin setengah teriak berkata, "Barang siapa yang memberiku pakaian, Allah akan mendandaninya kelak." Rasulullah memeriksa laki-laki tersebut. Pakaiannya lusuh, tak pantas lagi dipakai. Gamis yang baru dibelinya dilepas dan diberikan dengan sukarela kepadanya. Beliau tak jadi memakai baju baru.

Dengan langkah ringan beliau hendak segera pulang. Akan tetapi lagi-lagi beliau harus bersabar. Kali ini beliau menjumpai perempuan yang diberi dua dirham tersebut mengadukan persoalan, bahawa ia takut pulang. Ia khawatir akan dihukum oleh majikannya kerana terlambat. Sebagai budak saat itu nilainya tidak lebih dari seekor binatang. Hukuman fisik sudah sangat lazim diterima. Rasulullah diutus di dunia untuk mengadakan pembelaan terhadap rakyat jelata. Dengan senang hati beliau hantarkan perempuan tersebut ke rumah majikannya. Sesampainya di rumah, beliau ucapkan salam. Sekali, dua kali belum ada jawaban. Baru salam yang ketiga dijawab oleh penghuni rumah. Nampaknya semua penghuni rumah tersebut adalah perempuan. Ketika ditanya kenapa salam beliau tidak dijawab, pemilik rumah itu mengatakan sengaja melakukannya dengan maksud didoakan Rasulullah dengan salam tiga kali. Selanjutnya Rasulullah menyampaikan maksud kedatangannya. Beliau mengantar perempuan yang menjadi budak tersebut karena takut mendapat hukuman. Rasulullah kemudian menyampaikan, "Jika perempuan budak ini salah dan perlu dihukum, biarlah aku yang menerima hukumannya." Mendengar ucapan Rasulullah in penghuni rumah terkesima. Mereka merasa mendapat pelajaran yang sangat berharga dari baginda Rasulullah. Karena secara refleks mereka menyampaikan, "Budak belian ini merdeka kerana Allah." Betapa bahagianya Rasulullah mendengar pernyataan itu. Beliau sangat bersyukur dengan wang 8 dirham mendapat keuntungan ribuan dirham, yakni harga budak itu sendiri. Beliau berkata, "Tiadalah aku melihat lapan dirham demikian besar berkatnya dari pada lapan dirham yang ini. Allah telah memberi ketenteraman bagi orang yang ketakutan, memberi pakaian orang yang telanjang, dan membebaskan seorang budak hamba abdi."

Akhirnya, rahmat dan kasih sayang, bantuan dan pertolongan kepada masyarakat bawah akan mendatangkan kesejahteraan dan kemajuan. Allah berfirman dalam sebuah hadits Qudsyi. "Bahwanya Allah menolong hamba-Nya, selama ia menolong saudaranya."

 

Posted at 06:59 pm by assolehah
Make a comment  

Saturday, April 30, 2005
Saidatina Khadijah sumber kekuatan Rasulullah

ISTERI Rasulullah SAW, Saidatina Khadijah binti Khuwailid ialah wanita pertama beriman kepada Allah dan rasul-Nya. Beliau banyak membantu dan mengukuhkan tekad, Nabi Muhammad dalam melaksanakan risalah dakwah Islamiah.

Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan hati dan menghilangkan keletihan serta penderitaan suaminya dalam berdakwah.

Inilah keistimewaan dan keutamaan Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam. Beliau adalah sumber kekuatan di belakang Rasulullah.

Rasulullah ketika menceritakan keperibadian Khadijah bersabda, maksudnya:
“Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik daripada dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan... daripadanyalah aku mendapatkan keturunan.”

Siti Khadijah berasal daripada keturunan terhormat serta terkenal sebagai wanita tegas dan cerdas.

Beliau adalah wanita kaya dan terkenal serta mampu hidup mewah dengan hartanya sendiri. Namun semua itu dengan rela dikorbankannya untuk memudahkan tugas suaminya.

Hal ini menunjukkan beliau adalah wanita yang mendorong kemajuan pahlawan umat manusia, melindungi pejuang terbesar dalam sejarah dengan mewujudkan kedamaian dalam kehidupan suaminya. Sikap inilah yang menjadi sumber kekuatan Rasulullah sepanjang kehidupan mereka.

Sepanjang hidupnya bersama Rasulullah, Siti Khadijah setia menyertai Baginda dalam setiap peristiwa suka dan duka. Setiap kali suaminya ke Gua Hira, beliau pasti menyiapkan semua bekalan dan keperluannya. Seandainya Rasulullah agak lama tidak pulang, beliau akan meninjau untuk memastikan keselamatan Baginda.

Sekiranya Baginda khusyuk bermunajat, beliau tinggal di rumah dengan sabar sehingga Rasulullah pulang.

Apabila suaminya mengadu kesusahan serta berada dalam keadaan gelisah, beliau cuba sedaya mungkin mententeram dan menghiburkannya sehingga suaminya benar-benar merasai ketenangan. Setiap ancaman dan penganiayaan dihadapi bersama. Malah dalam banyak kegiatan peribadatan Rasulullah, Siti Khadijah pasti bersama dan membantu Baginda seperti menyediakan air untuk mengambil wuduk.

Kecintaan Siti Khadijah bukanlah sekadar kecintaan kepada suami, sebaliknya jelas berlandaskan keyakinan kuat terhadap keesaan Allah.

Segala pengorbanan untuk suaminya adalah ikhlas untuk mencari keredaan Allah. Allah Maha Adil dalam memberi rahmatNya. Setiap amalan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan pasti mendapat ganjaran yang berkekalan.

Firman Allah bermaksud: “Barang siapa yang mengerjakan amalan soleh, baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang sudah mereka kerjakan.” (Surah an-Nahl, ayat 97)

Janji Allah itu pasti benar. Kesan kesetiaan Siti Khadijah bukan sekadar menghasilkan kekuatan yang mendorong kegigihan dan perjuangan Rasulullah, malah membawa barakah besar kepada rumah tangga mereka.

Anak yang lahir juga adalah soleh. Keturunan zuriat ahlulbait Rasulullah adalah insan yang sentiasa taat melaksanakan perintah Allah.

Semua ini menghasilkan kekuatan yang membantu meningkatkan perjuangan Islam.



 


Posted at 06:56 pm by assolehah
Comment (1)  

Monday, April 11, 2005
Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada
malam aku sebelum di Israqkan........"


Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh
KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang  amat
menyiksakan, diselamatkan oleh berkat
WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi
mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


 



 


Posted at 12:06 am by assolehah
Make a comment  

Sunday, April 10, 2005
Hadis tentang mencintai Rasullulah


 

Allahumma salli 'ala Sayyidina Muhammadin wa 'alaa aalihi wa sahbihi wasallam

Rasulullah (sall-Allahu 'alayhi wasallam) bersabda, "Orang-orang yang paling kucintai dari Ummat-ku adalah mereka yang akan datang setelah-ku, tapi setiap orang di antara mereka akan memiliki keinginan mendalam untuk sekedar melihatku sekejap, bahkan dengan mempertaruhkan keluarga dan hartanya."

[Sahih Bukhari, diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA]

 

Saat Ali K.W. melukiskan Nabi (sall-Allahu 'alayhi wasallam), ia berkata, “Beliau tidak terlalu tinggi tidak pula terlalu pendek, melainkan seorang laki-laki dengan tubuh sedang. Beliau tidak memiliki rambut yang terlalu keriting, tidak pula rambut lurus, tapi suatu campuran dari keduanya. Beliau tidak gemuk, beliau tidak memiliki wajah yang amat bulat, tapi agak bulat. Beliau berkulit putih kemerah-merahan, dan memiliki mata berwana hitam yang lebar, dan bulu mata yang panjang. Beliau memiliki sendi-sendi dan tulang belikat yang menonjol, beliau tidak memiliki banyak bulu tetapi memiliki sedikit bulu di dadanya. Sedangkan telapak tangan dan kakinya memiliki kulit yang tebal. Saat beliau berjalan, beliau menggerakkan kakinya seakan-akan beliau sedang berjalan menuruni suatu lereng; saat beliau berpaling, beliau akan memalingkan seluruh badannya. Di antara kedua bahunya terdapat tanda kenabian dan beliau adalah penutup para Nabi. Beliau memiliki dada yang lebih baik dari siapa pun, dan perkataannya lebih benar dari siapa pun lainnya, memiliki sifat yang paling halus dan berasal dari suku termulia. Mereka yang memandang beliau akan segera berdiri terkesima pada beliau dan mereka yang bersahabat dengan beliau mencintai beliau. Mereka yang mencuba melukiskan beliau mengatakan bahwa mereka tak pernah melihat orang seperti beliau sebelumnya maupun sesudahnya.

[Misykat--Tirmidzi meriwayatkannya dari Ali bin Abu Thalib KW]

 

"Rasulullah (sall-Allahu 'alayhi wasallam) bersabda, 'Demi Dia yang jiwaku berada di Tangan-Nya, tidaklah beriman seorang di antaramu hingga ia mencintaiku melebihi cintanya pada ayahnya dan pada anak-anaknya.'"

[Sahih Bukhari, diriwayatkan dari Abu Hurairah RA]

 

Nabi (sall-Allahu 'alayhi wasallam) bersabda, "Tak seorang pun di antara kalian memiliki iman sampai ia mencintaiku melebihi cintanya pada ayahnya, anak-anaknya, dan seluruh manusia."

[Sahih Bukhari, diriwayatkan dari Anas RA].

 

Nabi (sall-Allahu 'alayhi wasallam) bersabda, "Barangsiapa memiliki ketiga sifat berikut ini akan merasakan manisnya (indahnya) iman:


Ia yang mencintai Allah Ta'ala dan Rasul-Nya melebihi apa pun
Ia yang mencintai seseorang dan orang itu mencintainya semata-mata demi Allah SWT
Ia yang benci untuk kembali kepada kekafiran sebagaimana ia benci untuk dilempar ke dalam api."

[Sahih Bukhari, diriwayatkan dari Anas RA]

 

"Ayahku meminta izin dari Nabi (sall-Allahu 'alayhi wasallam). (Saat izin diberikan dan ia mendekati beliau), ayahku mengangkat baju beliau, dan mulai mencium beliau dan memeluk beliau (karena cintanya pada beliau). Ia bertanya, 'Ya Rasulallah, hal apakah yang haram untuk menolaknya?' Beliau menjawab, 'Air.' Ia kembali bertanya, 'Ya Rasulallah, hal apakah yang haram untuk menolaknya?' Beliau menjawab, 'Garam'. Ia kembali bertanya, 'Ya Rasulallah, hal apakah yang haram untuk menolaknya?' Beliau bersabda, 'Berbuat kebaikan adalah lebih baik bagimu.'"

[Riwayat Abu Dawud, dari Buhaysah al-Fazariyyah RA]

 

Rasulullah (sall-Allahu 'alayhi wasallam) bersabda padaku, "Anakku, jika engkau bisa melalui harimu dan malammu sambil menjaga kalbumu bersih dan suci dari kedengkian atas seseorang, kemudian beramal menurutnya (tujuan luhur ini)." Beliau kemudian bersabda, "Anakku, dan itulah Sunnah-ku dan siapa yang mencintai Sunnah-ku, sungguh ia telah mencintai-ku, dan siapa yang mencintai-ku, akan bersama-ku di Surga."

[Misykat--at-Tirmidzi diriwayatkan dari Anas ibn Malik RA]

 

Seorang lelaki berkata pada Nabi (sall-Allahu 'alayhi wasallam), "Demi Allah, ya Rasulallah, aku mencintaimu." Nabi (sall-Allahu 'alayhi wasallam) bersabda, "Lihatlah, apa yang kau katakan?" Lelaki itu berkata, "Demi Allah, aku mencintaimu", dan mengulangi kalimat ini tiga kali. Nabi (sall-Allahu 'alayhi wasallam) bersabda, "Jika engkau benar-benar mencintaiku, maka bersiaplah untuk kemiskinan, kerana kesusahan yang sangat berat berlari lebih cepat kepada orang yang mencintaiku, lebih cepat daripada banjir yang mengalir ke tujuannya."

[Misykat, diriwayatkan dari Abdullah ibn Mughaffal RA]

 

Rasulullah (sall-Allahu 'alayhi wasallam) pernah suatu pagi tertahan dari melakukan solat fajar (dalam jema'ah) bersama kami sampai matahari hampir muncul di langit. Beliau kemudian datang dengan tergesa-gesa dan Iqamatus-solat dilakukan, dan beliau melakukan solat itu dengan singkat. Setelah beliau menyelesaikan solat nya dengan mengucapkan As-Salamu 'alaykum wa Rahmatullah, beliau menyeru kepada kami dengan berkata, "Tetaplah di tempat kalian seperti saat ini." Kemudian beliau berpaling pada kami dan bersabda, "Aku akan mengatakan pada kalian apa yang telah menahanku dari kalian (maksudnya sehingga aku tidak mampu segera bergabung dengan kalian dalam solat) di pagi ini. Aku bangun di malam hari dan berwudhu' dan melakukan solat sebagaimana telah ditakdirkan bagiku. Aku mengantuk dalam solatku sampai akhirnya aku terjatuh tidur dan lihatlah, aku menemukan diriku di Hadirat Tuhanku, Tabaraka wa Ta'ala, dalam rupa terbaik. Ia berkata padaku, "Muhammad!" Aku berkata, "Labbaik (kupenuhi panggilan-Mu), wahai Tuhan-ku." Ia berkata, "Terhadap apa malaikat-malaikat tertinggi ini puas?" Aku menjawab, "Aku tidak tahu." Ia mengulanginya tiga kali. Beliau bersabda, "Kemudian aku melihatNya menaruh Telapak Tangan-Nya di antara tulang belikat sampai aku merasakan dinginnya Jari-jari-Nya di antara dua sisi dadaku. Kemudian segala sesuatunya menjadi terang bagiku dan aku dapat mengenali segalanya." Ia berkata, "Muhammad!" Aku berkata, "Labbaika, wahai Tuhanku." Ia berkata, ""Terhadap apa malaikat-malaikat tertinggi ini puas?" Aku menjawab, "Berkenaan dengan penebusan dosa." Ia berkata, "Apa saja itu?" Aku menjawab, "Berjalan kaki menuju solat berjamaah, duduk di masjid setelah solat, berwudhu' dengan sempurna sekalipun sulit." Ia berkata lagi, "Kemudian terhadap apa mereka puas?" Aku berkata, "Berkaitan dengan tingkatan-tingkatan." Ia berkata, "Dan apa saja itu?" Aku berkata, "Menyediakan makanan, berbicara lembut, melakukan solat saat orang-orang sedang tertidur lelap." Ia kemudian berkata lagi pada-ku, "Mohonlah (pada Tuhanmu) dan berkatalah, 'Ya Allah, aku memohon pada-Mu (kekuatan) untuk melakukan kebajikan, dan meninggalkan keburukan, untuk mencintai fakir miskin, sehingga Engkau ampuni aku dan melimpahkan rahmat pada-ku, dan saat Kau ingin untuk menimpakan fitnah pada orang-orang, maka Kau wafatkan diriku tanpa cela, dan aku mohon pada-Mu cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu dan cinta akan perbuatan yang membawaku mendekat pada cinta-Mu.'" Rasulullah (sall-Allahu 'alayhi wasallam) bersabda, "Ini adalah kebenaran, maka pelajarilah dan ajarkanlah."

[Misykat at-Tirmidzi, diriwayatkan dari Mu'adz bin Jabal RA]

 

Nabi (sall-Allahu 'alayhi wasallam) bersabda, "Salah satu dari doa-doa Nabi Dawud AS adalah, 'Allah, aku mohon pada-Mu cinta-Mu dan cinta mereka yang mencintai-Mu, dan perbuatan yang mendorongku menuju cinta-Mu. Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih kusukai daripada jiwaku, daripada keluargaku, dan lebih kusukai daripada air dingin.'"

[Misykat, diriwayatkan dari Abu-d Darda' RA]

 

Rasulullah (sall-Allahu 'alayhi wasallam)bersabda, "Cintailah Allah SWT atas kenikmatan yang telah Ia karuniakan padamu, dan cintailah aku karena cinta pada Allah SWT, dan cintailah keluargaku karena cinta pada-ku."

[Misykat—at-Tirmidzi, dari 'Abdullah ibn 'Abbas RA]

 

Nabi (sall-Allahu 'alayhi wasallam) pernah suatu hari berwudhu' dan sahabat-sahabatnya mulai membasuhkan air bekas wudhu' beliau kepada diri mereka. Nabi (sall-Allahu 'alayhi wasallam) bertanya pada mereka tentang apa yang menyebabkan mereka melakukannya, dan ketika mereka menjawab bahwa hal itu mereka lakukan karena kecintaan pada Allah Ta'ala dan utusan-Nya (sall-Allahu 'alayhi wasallam), beliau bersabda, "Jika seseorang senang untuk mencintai Allah SWT dan utusan-Nya (sall-Allahu 'alayhi wasallam), atau untuk dicintai oleh Allah SWT dan utusan-Nya (sall-Allahu 'alayhi wasallam), maka ia harus berkata benar saat ia menceritakan sesuatu, memenuhi amanahnya saat ia diberi amanah, dan menjadi tetangga yang baik."

[Misykat--diriwayatkan dari AbdurRahman bin Abu Qurad RA]






 

 


Posted at 11:55 pm by assolehah
Make a comment  

Saturday, April 09, 2005
Rasul Junjungan - Hijjaz

   
Rasul Junjungan - Hijjaz
 
Mari berselawat ke atas nabi
Berselawat ke atas rasul
Salallahu ala muhammad
Salallahu alai wasallam

Engkau bagaikan matahari
Menerangi seluruh alam
Engkau bagaikan bulan purnama
Menerangi kegelapan malam
Ya Rasulullah ya habiballah
Ya rasulullah ya habiballah
Salamun alaik

Berselawatlah keatas nabi
Moga hidup kita diberkati
Amalkan sunnah rasul junjungan
Moga kita mendapat syafaat

Rasulullah pernah bersabda
Ku diutus membawa rahmat
Juga membawa akhlak mulia
Contoh tauladan sebaik ummat

                                                              

Posted at 12:00 am by assolehah
Make a comment  

Friday, April 08, 2005
Rasulullah dengan sebiji limau

 

 

Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda.

 

Cantik sungguh buahnya.Siapa yang  melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.

 

Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka

bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu,

sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut.

 

Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya. "Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya.

 

Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.


 

 

 


Posted at 11:51 pm by assolehah
Make a comment  

Sunday, April 03, 2005
Detik-detik Terakhir Kehidupan Insan Mulia

 

Daripada Ibnu Mas’ud ra bahawasanya ia berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah ra.

Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:“Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah.”

Allah berfirman: “Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa.”

Kemudian kami bertanya: “Bilakah ajal baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila’ la.”

Kami bertanya lagi: “Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: Salah seorang ahli bait. Kami bertanya: Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?

Baginda menjawab: “Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah.”

Kami bertanya: “Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?” Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis.

Kemudian baginda bersabda: “Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua.”

Semakin Tenat


Semenjak hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakitnya, yang ditanggungnya selama 18 hari, setiap hari ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, di saat baginda menghembus nafas yang terakhir.

Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam: “Assalamualaikum ya Rasulullah?” Kemudian ia berkata lagi “Assolah yarhamukallah.”

Fatimah menjawab: “Rasulullah dalam keadaan sakit?” Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid, ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu ia berkata seperti perkataan yang tadi. Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh ia masuk.

Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah SAW bersabda: “Saya sekarang dalam keadaan sakit, Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat.”

Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: “Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?”  Kemudian ia memasuki masjid dan berkata kepada Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut.

Ketika Abu Bakar ra melihat ke tempat Rasulullah yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah SAW. Baginda bertanya: “Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu? Siti Fatimah menjawab: Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah SAW tidak ada bersama mereka.”

Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: “Ya ma’aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini.”

Malaikat Maut Datang Bertamu


Pada hari esoknya, iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali sahaja.

Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: “Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!” Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: “Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit.”

Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: “Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?”   Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: “Siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab: “Seorang lelaki memanggil baginda, saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma.”

Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu siapakah dia?” Fatimah menjawab: “Tidak wahai baginda.” Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: “Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.”

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Masuklah, Wahai Malaikat Maut. Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan ‘Assalamualaika ya Rasulullah.” Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?”

Malaikat Maut menjawab: “Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang.

Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? “Saya tinggal ia di langit dunia?” Jawab Malaikat Maut.

Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah Rasulullah SAW: “Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah.”

Ketika Sakaratul Maut


Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: “Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab; “Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu.”

Baginda SAW bersabda: “Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu.”

Baginda SAW bersabda lagi: “Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti.”

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?”

Jibril as bertanya: “Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: “Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?”

Jibril menjawab: “Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu.”

Maka berkatalah Rasulullah SAW: “Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?”   Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW.

Ali ra bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga.

Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: “Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut.”

Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?” Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW.

Kesedihan Sahabat


Berkata Anas ra: “Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah ra aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa’ir.”

Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Mu’az bin Jabal ra telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang, kemudian orang itu berkata kepadaku: “Apakah anda masih lena tidur juga wahai Mu’az, padahal Rasulullah SAW telah berada di dalam tanah.”

Mu’az terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan: “A’uzubillahi minasy syaitannir rajim?”   Setelah itu ia lalu mengerjakan solat.

Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Mu’az berkata: “Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan?”   Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman.

Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu Mu’az berkata kepada mereka: “Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Mu’az menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?”
(Az-Zumar: 30).

Maka menjeritlah Mu’az, sehingga ia tak sedarkan diri. Setelah ia sedar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang berbunyi:
“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?”
(Ali-lmran: 144)

Maka Mu’az pun menjerit lagi: “Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad?”   Kemudian ia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika ia akan meninggalkan penduduk Yaman, ia berkata: “Seandainya apa yang kulihat ini benar. Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala.”

Kemudian ia berkata: “Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad SAW?”   Lalu iapun pergi meninggalkan mereka. Di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud:
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.”

Lalu Mu’az mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu’az bertanya kepada orang tersebut: “Bagaimana khabar Rasulullah SAW? Orang tersebut menjawab: Wahai Mu’az, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia. Mendengar ucapan itu Mu’az terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya, ia memanggil Mu’az: Wahai Mu’az sedarlah dan bangunlah.”

Ketika Mu’az sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddik, dengan cop dari Rasulullah SAW. Tatkala Mu’az melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu.

Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah.
Mu’az sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: “Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?” Mu’az menyambungnya: “Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah?” Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.

Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy ra lalu ia berkata kepada Bilal: “Wahai Bilal sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, ia adalah Mu’az yang sedang pengsan.

Ketika Bilal selesai azan, ia mendekati Mu’az, lalu ia berkata: “Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Mu’az, aku telah mendengar dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: “Sampaikanlah salamku kepada Mu’az.”

Maka Mu’az pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa ia telah menghembus nafas yang terakhir, kemudian ia berkata: “Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah ra.”

Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Mu’az mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh?” Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia berkata: “Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah. Kemudian Mu’az menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahli bait.”

Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Mu’az bin Jabal, ia adalah kekasih Rasulullah SAW.”

Kemudian Fatimah berkata lagi: “Masuklah wahai Mu’az?” Ketika Mu’az melihat Siti Fatimah dan Aisyah ra ia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Ketika ia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Mu’az dan khabarkan kepadanya bahawasanya ia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama.”

Kemudian Mu’az bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah SAW


 

 


Posted at 06:46 pm by assolehah
Make a comment  

Saturday, April 02, 2005
Cinta Lelaki Mulia

Kisah pertama

 

Eramuslim - Di Thaif, lelaki mulia itu terluka. Zaid bin Haritsah yang mendampinginya pun ikut berdarah ketika berusaha memberikan perlindungan. Penduduk negeri itu melemparinya dengan batu. Padahal, ajakannya adalah ajakan tauhid. Seruannya adalah seruan untuk mengesakan Allah. "Agar Allah diesakan dan tidak disekutukan dengan apapun." Namun, Bani Tsaqif malah memusuhinya. Pejabat negeri itu menghasut khalayak ramai untuk menyambutnya dengan cercaan dan timpukan batu.

 

Meskipun diperlakukan sedemikian kasar, Rasulullah tetap pemaaf. Kecintaannya kepada umat mengubati derita yang dialaminya. Beliau menolak tawaran Jibril yang siap mengazab penduduk Thaif dengan himpitan gunung. Sebaliknya, ia mendoakan kebaikan bagi kaum yang mencemuhnya itu, Ya Allah, berilah kaumku hidayah, sebab mereka belum tahu.

 


Kisah kedua

 

Di Bukit Uhud, pribadi pilihan itu kembali terluka. Wajah Rasulullah SAW terluka, gigi seri beliau patah, serta topi pelindung beliau hancur. Fatimah Az-Zahra, putri beliau, bersusah payah untuk menghentikan pendarahan tersebut. Dua pelindungnya terakhir, Ali ra dan Thalhah ra juga terluka parah.

 

Bukit Uhud menjadi saksi kekalahan pahit itu. Pasukan pemanah yang diperintahkan menjaga bukit, dijangkiti gila dunia. Silaunya harta rampasan menggerogoti keikhlasan mereka. Akibatnya, pasukan kaum muslimin porak-poranda dan Rasul pun terluka. Meski kembali disakiti, cinta lelaki mulia itu tetap bergema, Ya Tuhanku! Berilah ampunan kepada kaumku karena sesungguhnya mereka tidak mengetahui.

 

 

Thaif dan Uhud merupakan hari-hari terberat sang Nabi. Pengorbanannya bagi umat tiada berbanding. Iltizam terhadap dakwah mewarnai hari-hari Rasul akhir zaman itu. Kecemasannya pada nasib umat selalu mengemuka. Ia adalah Rasul yang penuh cinta kepada umatnya. Cinta itu berbalas, generasi sahabat (generasi pertama) adalah generasi yang juga sangat mencintainya. Cinta yang diperlihatkan Zaid bin Haritsah di Thaif ketika menjadi pelindung bagi rasulnya. Cinta yang dibuktikan Abu Dujanah, Hamzah dan Mush'ab bin Umair di bukit Uhud. Tapi, adakah generasi terkini masih mencintainya? Apakah umatnya sekarang tetap menghayati sunnah yang diwariskannya?

 

Sejarah berbicara, semakin panjang umur generasi umatnya, semakin menjauh pula generasi itu dari risalahnya. Umatnya saat ini, cenderung mencemouh segelintir mukmin yang masih menghidupkan sunnah. Buku-buku sunnah mulai terpinggirkan. Kitab Bukhari-Muslim harus bersaing dengan textbook dan dikatakan yang lebih menjanjikan keahlian dan masa depan. Serial sirah nabawiyah hampir menghilang dari tumpukan handbook dan ensiklopedia yang biasanya menjadi asksesoris di ruang tamu keluarga muslim.

 

Aspek sunnah dalam berpenampilan dan berpakaian, ramai dikritisi dengan alasan tidak praktis. Contoh dari Rasul dalam keseharian, pun semakin dihindari. Sunnah dianggap simbol yang sifatnya tentatif, bukan sebagai panduan kehidupan (minhaaj al-hayaah).

 

Apatah lagi aspek syar'i. Begitu banyak argumen yang dihembuskan sebagai 'pembenaran' untuk berkelit dan menghindari aspek syar'i dari sunnah. Wabah 'ingkar sunnah' ini mulai terjangkit dalam komunitas-komunitas yang mengaku sebagai pengikutnya.

 

Jurang antara umat dengan warisan risalah Nabinya ini tentu merugikan. Kecemerlangan pribadi Rasul nyaris tak dikenali umatnya. Padahal, dalam pribadinya ada teladan yang sempurna. Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah  (Al-Ahzab (33): 21).

 

Singkatnya, kemuliaan Rasul hampir menghilang dari ingatan. Keutamaan ber-selawat kepada nabi pun nyaris terlupakan. Padahal, Allah dan malaikat-malaikat-Nya pun berselawat untuk beliau [Al Ahzab (33) : 56]. Untuk Rasul, yang berjanji untuk menghadiahkan syafaat bagi umatnya. Setiap nabi memiliki doa yang selalu diucapkan. Aku ingin menyimpan doaku sebagai syafaat bagi umatku pada hari kiamat (HR Muslim).

 

Merujuk kepada sunnah yang diwariskan Rasulullah adalah ungkapan kecintaan kepadanya. Cinta pada Rasul yang lahir dari keimanan kepada Allah. Katakanlah jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Muhammad), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang? (Ali Imran (3): 31). Mencintai Lelaki mulia itu, bererti kesungguhan untuk meneladani sirah nabawiyah sebagai panduan dalam mengaharungi kehidupan. Kecintaan yang akan meluruskan langkah kita untuk iktibar dan berkomitmen untuk menyampaikan risalahnya.


Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, Seorang hamba tidak beriman sebelum aku lebih dicintainya dari keluarganya, hartanya dan segenap manusia. (Muttafaq Alaih)



 


Posted at 06:41 pm by assolehah
Make a comment  

Next Page